Sebelum ini, nama Azfar Heri menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik gambar menerima puluhan pek kacang ketika dalam penerbangan Malaysia Airlines.

Menerima kritikan hebat netizen, Azfar Heri dalam satu kenyataan di Twitter miliknya memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukannya sehingga mencetuskan kontroversi tersebut serta tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Baca Juga:

Dia yang berasa teruja menerima pek kacang tersebut sangat menghargai permberian itu walaupun sebenarnya ia bukanlah permintaannya. Malah, dia turut mengakui kesilapannya iaitu adalah memuat naik gambar tersebut tanpa mengambil kira implikasinya terhadap staf berkenaan.

Tidak hanya itu, dia juga tidak menyangka bahawa tindakannya telah mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa pemberian pek kacang ekstra kepada penumpang adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP).

Selain itu, terdapat ura-ura mengatakan bahawa staf tersebut dibuang pekerjaan berlegaran di laman Twitter, dan dia mahu memastikan kesahihan khabar angin itu terlebih dahulu sebelum mencetuskan salah faham daripada pelbagai pihak.

Azfar juga mengatakan belum mendapat apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak MAS dan bersedia untuk memberi kerjasama agar dapat menyelesaikan isu ini sewajarnya.