Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tempat letak kereta di kawasan perumahan bertingkat merupakan salah satu ‘cabaran’ yang perlu ditempuhi oleh penduduk-penduduk kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi ketika naik dan turun dari setiap tingkat aras kerana jika tersilap tekan pedal, boleh mengakibatkan kemalangan.

Baru-baru ini ada sebuah kereta dirakam melanggar tembok setelah dilihat memecut ketika cuba mendaki naik ke aras atas tempat letak kereta. Kejadian yang berlaku di Singapura itu dirakam oleh dashcam salah sebuah kereta kepunyaan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Pada awal rakaman video tersebut, kelihatan sebuah Honda Insight sedang cuba masuk ke kotak tempat letak kereta secara mengundur. Beberapa saat kemudian ada sebuah kereta Nissan Kicks meluru naik dari tempat letak kereta aras bawah, lalu melanggar bahagian belakang Toyota Prius dan kemudiannya merempuh tembok di kotak tempat kereta tersebut.

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam ini, dia telah pun berjumpa dengan pemandu Nissan Kicks tersebut. Menurut pemandu itu, kereta itu cuma menggunakan satu pedal sahaja iaitu pedal pecutan.

Semasa mendaki naik ke aras atas tempat letak kereta, dia ternampak tempat letak kereta yang kosong itu dan langsung tidak perasan dengan Toyota Prius yang sedang mengundur untuk meletakkan keretanya.

Oleh kerana panik, pemandu Nissan Kicks itu tertekan pedal pecutan, lalu menyebabkan kereta tersebut meluru ke hadapan melanggar Toyota Prius dan merempuh tembok tempat letak kereta tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Beh Chia Lor – Singapore Road

Untuk makluman semua, setiap model Nissan Kicks dilengkapi dengan teknologi e-Power yang turut mempunyai fungsi yang sama seperti sistem e-pedal pada model Nissan Leaf. Pedal tersebut berfungsi sebagai pedal pecutan dan pada masa sama sebagai pedal brek.

Apabila pemandu mahu menggerakkan kereta, pemandu cuma menekan pedal tersebut seperti biasa. Kemudian, apabila mahu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan, pemandu cuma perlu mengangkat kaki daripada pedal dan sistem motor e-pedal akan diaktifkan.

Semoga pemandu segara pulih daripada kemalangan tersebut dan dapat berunding secara baik dengan beberapa pihak untuk menyelesaikan kerosakkan yang dibuatnya secara tidak sengaja.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

‘Sport Rim’ Bertukar Jadi Rim Kompang, Trailer Budak Kripto Cetus Tanda Tanya Peminat Filem

Anda Mungkin Suka