TGV Cinemas menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud layanan VIP kepada sesetengah pelanggan sehingga menyebabkan tayangan filem The Batman yang berlangsung di VivaCity, Kuching, Sarawak terpaksi di ulang semula setelah 45 minit tayangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, TGV berkata masalah timbul disebabkan masalah teknikal di salah sebuah dewan IMAX milik premis terbabit dan bukannya disebabkan VIP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Disebabkan masalah komunikasi, beberapa kakitangan di pintu masuk mengandaikan tayangan jam 7:15 malam juga akan ditangguhkan, pada masa ini kira-kira 20% tetamu telah pun memasuki dewan manakala baki 80% masih menunggu di ruang legar dan memasuki dewan selepas wayang telah pun bermula,” kata TGV dalam kenyataannya di Facebook.

“Keputusan untuk menghentikan dan memulakan semula filem, kami akui telah menyusahkan pelanggan kami dan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan awal ia tidak selaras dengan dasar tayangan kami. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang mengambil langkah pembetulan untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” tambah TGV lagi.

Semalam The Vocket melaporkan bahawa TGV Cinemas dikecam netizen selepas terdapat dakwaan bahawa tayangan filem The Batman terpaksa dimulakan semula kerana terdapat beberapa pelanggan yang datang lambat. Isu ini juga mendapat perhatian ZhafVlog, seorang pengulas filem yang memuat naik tangkap layar berkenaan isu ini di laman Twitter miliknya.

Pihak TGV Cinemas juga menyatakan bahawa setiap pelanggan yang terkesan akan mendapat bayaran balik dan 2 tiket percuma.

TGV Cinemas ‘Re-start’ tayangan Batman selepas 45 minit, beri alasan ada pelanggan datang lambat. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

TGV Cinemas ‘Re-Start’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat

Mengapa ‘The Batman’ Lebih Unik Dan Berbeza Menurut Pandangan Pelakon Dan Pengarah

Tonton Aksi Robert Pattinson Dalam Trailer Rasmi Pertama The Batman