Ketibaan ‘abang posmen’ atau pekerja penghantaran bersama bungkusan mereka sentiasa saja menjadi waktu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua terutama di musim perintah kawalan pergerakan ini – dengan aktiviti membeli di dalam talian dikatakan meningkat.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan seperti jumlah bungkusan yang perlu dihantar setiap hari agak tinggi, namun mereka ini akan sentiasa memastikan ianya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →
poslaju6

FOTO: ROJAK DAILY

Namun siapa sangka, jumlah bungkusan yang tinggi itu sebenarnya hanyalah salah satu daripada cabaran apabila mereka juga terpaksa berhadapan dengan ‘penjaga kawasan’ seperti anjing ketika membuat penghantaran.

“Siapa cakap kerja kami senang, sampai atas pagar member aku duduk hari ini,” kongsi Zulhelmee Mazzamudin di Facebook pada semalam.

Sape cakap kerja kami senang. Nuhh atas pagar member aku duduk hari ni ūü§£ūü§£ūü§£ūü§£

Posted by Zulhelmee Mazzamudin on Friday, 5 June 2020

Perkongsian video beliau yang menunjukkan rakannya itu dikejar anjing sehingga terpaksa memanjat pagar itu sudah pun mendapat lebih 50,000 perkongsian di Facebook sejak ia mula dimuatnaik.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga rata-rata tidak dapat menahan ketawa mereka walaupun mengakui sedikit kesian dengan nasib yang menimpa rakannya itu.

“20 kali juga aku ulang tengok. Member memang cuak habis, yang seorang lagi bantai gelak kaw-kaw,” tulis Mnasim Alfredna.

Manakala seorang lagi netizen, Sal Hamid pula berkata ‘Kesian dia, Alhamdulillah selamat tak jatuh. Moga Allah murahkan rezeki awak’.

Netizen-netizen Malaysia tidak pernah mengecewakan bila melibatkan perkongsian video di media-media sosial. Tonton juga kisah lelaki ini yang mendapat ‘teguran manis’ daripada polis ketika photoshoot di pautan di bawah.¬†

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Faizal Tahir Tenang Terima Sindiran Selepas Tegur Netizen Buat ‘Challenge’ Tidak Berfaedah

Nama Dipersenda Jadi Bahan Ketawa, Gadis Korea Ini ‘Ceramah’ Netizen Malaysia

Anda Mungkin Suka