Penggunaan dashcam dalam kalangan pengguna jalan raya bukanlah sesuatu yang baru dan ramai yang memasangnya bagi tujuan keselamatan ketika berada di atas jalan raya.

Walaupun sering digunakan sebagai rujukan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, kamera kecil ini juga sering saja merakam kejadian-kejadian yang di luar kebiasaan dan membuatkan kita tertanya-tanya seperti kes yang berlaku diantara dua buah kereta ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beberapa perkongsian media sosial yang dibuat sejak semalam, rakaman dashboard yang tular tersebut menunjukkan kereta mangsa kelihatan seperti dikejar sebuah Proton Iriz yang datang dari belakang.

Walaupun berjaya meloloskan diri pada awalnya namun mereka kemudiannya terpaksa berhenti selepas kereta mereka sekali lagi dihadang beberapa minit kemudian.

Bukan saja dikejar dan diberhentikan, malah kedua-dua lelaki tersebut dilihat cuba bertindak agresif selepas memberhentikan mereka dan kedengaran dengan jelas mangsa cuba meminta maaf agar tidak dapat diapa-apakan kedua-dua lelaki tersebut.

Walaupun terdapat rakaman ketiga yang menunjukkan kedua-dua pihak sedang berbincang namun tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar kejadian yang menyebabkan berlakunya aksi kejar mengejar tersebut.

Aksi mengejar yang penuh mendebarkan itu sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya punca sebenar kejadian memandangkan tiada penjelasan yang dapat didengari dengan jelas.

Kejadian tersebut juga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang rata-rata kelu dan marah selipas melihat aksi mendebarkan tersebut.

Netizen yang meninggalkan komen di perkongsian tersebut juga berpendapat kejadian kejar mengejar tersebut tidak sepatutnya berlaku sekalipun kerana ia kelihatan sangat berbahaya.

Malah jelas mereka, walaupun kedua-dua pihak mempunyai masalah sekalipun, mereka seharusnya mengambil pendekatan yang lebih baik seperti berbincang dan membuat laporan polis.

Ini bukanlah kali pertama kejadian yang berjaya dirakam kamera dashcam ini, baca perkongsian kami di bawah untuk melihat insiden-insiden yang pernah berlaku sebelum ini. 

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Elak Bayar Tol Dengan ‘Cucuk’ Kereta Hadapan, Bezza Putih Dikecam Netizen

Dash Cam Ini Merakam Pemanduan Hebat Oleh Pemandu Ambulan Hungary

Sumber