Burger jalanan menjadi pilihan orang ramai kerana harganya murah dan juga sedap. Disebabkan itu, ramai orang masih mampu untuk nikmati kelazatan burger jalanan kerana harganya yang berpatutan.

Lain pula dengan perkongsian pengguna Facebook Nana Ng apabila dia terkejut dengan harga yang dikenakan oleh sebuah gerai burger di tepi jalan untuk dua burger ayam ‘special’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya, dua burger ayam ‘special’ berharga RM23 dan itu membuatkan dirinya berasa terkejut. Malah, wanita itu juga berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan gerai burger yang dikunjunginya itu di Kepong, Kuala Lumpur.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut terkejut dengan harga yang dikenakan oleh peniaga gerai tepi jalan itu dan juga membandingkan harga burger di restoran makanan segera dimana jauh lebih murah.

Tidak hanya itu, para netizen juga mengatakan harga tersebut tidak masuk akal dan mahal serta mahu pihak gerai burger memberikan penjelasan mengapa burger dijual dengan harga seperti itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

‘Lantai Retak Dan Menyedihkan’ – Netizen Kecewa Lihat Keadaan River Of Life Tidak Diselenggara

Lif Didakwa Sudah Lama Rosak, Wanita OKU Berkerusi Roda Ini Terpaksa Diangkat Oleh Polis Bantuan