Bagi mereka yang mahu ke Singapura, pasti akan memilih untuk bermalam di Johor Bharu kerana mahu berjimat. Boleh dikatakan banyak kedai hipster di Johor Bharu sehingga susah untuk membuat pilihan mahu makan di mana.

Bukan sekadar berjalan-jalan sekitar Johor Bharu tetapi misi kali ini adalah untuk mencuba beberapa kedai makan yang disarankan warga tempatan. Disebabkan saya merupakan pemegang pas SUPER+ AirAsia, maka saya menaiki penerbangan ke sini dan harga tiket untuk perjalanan pergi dan balik hanyalah RM45.20 termasuk tax.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mimieyuzi

Solo trip to Johor Bahru just for food hunting. This is restaurant that u must try! Recommended! #xyzbca #foryourpage #fyp #life #foodhunting #jb #johorbahru #eat #restaurant #livelikelocal #love

♬ Breathe – Mackenzie Ziegler

Murah, bukan? Jika anda mahu jadi pemegang pas SUPER+ bolehlah dapatkan di website AirAsia dan gunakan refferal code ini 26FB34658E4555 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 ketika pembelian pas. Bagi pengangkutan sepanjang di Johor Bharu, saya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta e-hailing.

Mesti anda tertanya-tanya apakah kedai makan yang saya cuba atas saranan warga tempatan, bukan? Jom ikuti perkongsian saya di bawah ini.

1. IT Roo Cafe

Ingin mencuba Chicken Chop yang terbaik di JB? Slogan kafe ini iaitu ‘The best chicken chop in town’ jelas menunjukkan yang Chicken Chop di sini bukan biasa-biasa. Malah, rata-rata pengunjung di sini juga mengakui yang Chicken Chop di sini memang enak!

Selain Chicken Chop, anda juga boleh mencuba makanan Barat lain seperti Mixed Grill dan Lamb Chop. Selain makanan Barat, makanan Cina seperi Cantonese Kuey Teow juga turut digemari ramai!

2. Restoran Nasi Ayam Kee Chup

Jika anda ke JB, anda wajib cuba Nasi Ayam Kee Chup di Jalan Dato’ Dalam ini dan anda dinasihatkan datang awal agar tidak perlu beratur kerana memang sentiasa ‘full house’. Konsep kedai ini macam kopitiam zaman dahulu tetapi Halal dan ia dimiliki Muslim.

Kedai Nasi Ayam Kee Chup ini hanya jual nasi ayam sahaja dan beberapa pilihan air sahaja. Sejujurnya, saya amat suka dengan nasi ayam di sini kerana dapat rasa kelainan pada ayam yang diperap dan pastinya sedap serta tak cukup pesan satu sahaja.

3. ChaWan Cafe

Kafe ini disarankan ramai orang di TikTok dan saya pun datang terjah ke sini. Kafe ini terletak di kawasan perumahan dan tempat duduk berada di kawasan halaman kafe serta terdapat pokok besar yang menjadi ‘payung teduh’ untuk pelanggan.

Kafe ini terkenal dengan makanan Thailand, makanan Barat dan juga terdapat asam pedas dipertaruhkan sebagai menu mereka. Secara jujur, beberapa makanan yang saya cuba cukup menyelerakan dan harganya juga berpatutan.

4. Halaman Cafe

Halaman ialah sebuah kafe rumah baharu dan estetik yang terletak di halaman belakang rumah berinspirasikan industri dan desa. Ruangnya minimalis, dengan tempat duduk luar dan meja disediakan di kawasan halaman belakang berbatu supaya anda boleh menjamu selera di kawasan terbuka di bawah langit terbuka.

Halaman pakar dalam hidangan pasta dan kopi. Antara menu ‘best seller’ di sini adalah Aglio Olio Cili Padi, Nasi Ayam Bakar dengan Sambal Ikan Bilis dan banyak lagi.

5. Warong Calories

Sejujurnya, jika anda mahukan makanan yang sedap dengan portion banyak, sinilah tempat yang tepat. Pastikan anda betul-betul lapar baru ke sini kerana risau tidak dapat menghabiskan makanan anda dan harganya sangat berpatutan.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda cuba dari makanan barat hinggalah makanan Melayu. Nasi goreng kambing bakar antara menu yang menjadi pilihan kami ketika berkunjung ke sini dan daging kambingnya yang lembut serta perapannya cukup membangkitkan selera.

Sebenarnya banyak tempat makan yang best untuk diterjah jika ke Johor Bharu, dari kedai makan biasa sehinggalah kafe hipster akan memberikan pilihan pelbagai kepada anda.

Jika anda ke Johor Bahru, bolehlah cuba kafe-kafe yang ini dan berikan juga pendapat anda. Sebelum terlupa, jika anda belum ada kad BigPay, inilah masanya untuk anda miliki kad tersebut.

Selain daripada mendapat mata ganjaran ketika membeli tiket penerbangan, anda juga boleh mengumpulkan mata ganjaran dengan setiap transaksi anda lakukan dan apabila ke luar negara, rate yang diberikan juga lebih baik.

Jika anda belum memiliki BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.