Tular sejak semalam apabila terdapat seorang individu yang telah dikompaun sebanyak RM1,000 oleh pihak polis kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu mencari rezeki.

Dikatakan beliau pada ketika ini sedang dalam perjalanan menghantar tauhu begedil milik kawannya kepada para pelanggan. Nasib tidak menyebelahi beliau apabila beliau telah ditahan pihak polis dan dikenakan kompaun.

146251933_10158845275589323_4573647270731530358_n

Menerusi gambar surat saman yang tersebar di media sosial, terdapat netizen nampaknya turut meluahkan kemarahan kepada pihak atasan yang dikatakan menindas orang ramai yang sedang bersusah-payah mencari rezeki. Tidak kurang juga yang mengatakan mereka juga turut dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama.

Beberapa jam selepas gambar surat saman dimuat naik, lelaki yang disaman tampil menjelaskan perkara sebenar di mana kesemua peniaga dibenarkan menjalankan bisnes penghantaran makanan secara COD atau cash on delivery.

Salam semua. Berkenaan isu viral saman yang saya dapat semalam. Saya dengan rendah diri mohon maaf kepada semua pihak…

Posted by Hisyamuddin Siddiq Zarni on Sunday, February 7, 2021

Walau bagaimanapun, para peniaga hendaklah membawa permit bersama sewaktu menghantar makanan. Beliau dimaklumkan telah disaman kerana gagal mempamerkan permit yang dibuat sebaliknya sekadar memaparkan salinan dokumen dalam telefon pintar secara softcopy sahaja.

Menerusi pengkongsian yang dibuat, beliau berharap orang ramai faham dengan penjelasannya. Beliau juga turut mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat manakala pihak polis juga sekadar menjalankan tugas.

Tular pada minggu lalu apabila terdapat seorang streamer yang dikecam hebat netizen selepas menyentuh isu perkauman dan bermain permainan slot.

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan

Anda Mungkin Suka