Baru-baru ini kumpulan K-pop terkenal, BlackPink dikritik netizen China kerana dikatakan ‘membahayakan’ nyawa panda. Kontroversi ini timbul setelah video teaser untuk episod akhir program ’24/365 With BlackPink’ dimuat naik di laman YouTube rasmi BlackPink.

Teaser yang telah pun dipadam itu memaparkan gelagat ahli kumpulan BlackPink yang bermain bersama panda-panda di taman tema Everland. Klip pendek berdurasi 56 saat itu mendapat kecaman dari netizen China kerana ahli kumpulan tersebut dilihat memegang panda dengan sewenangnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
screenshot 4
SUMBER: YOUTUBE

Oleh sebab itu, agensi naungan mereka iaitu YG Entertainment memutuskan untuk menangguhkan episod akhir program tersebut yang dijadualkan untuk ditayang pada 7 November 2020 yang lalu. Selain itu, BlackPink turut mengeluarkan notis tentang penangguhan tarikh untuk episod akhir program itu menerusi akaun Twitter rasmi mereka.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, BlackPink menjelaskan bahawa segala aktiviti yang melibatkan panda di Taman Tema Everland dilakukan dengan pengawasan pihak yang bertanggungjawab seperti pihak veterinar dan penjaga haiwan.

screenshot 5
SUMBER: YOUTUBE

Di samping itu, BlackPink turut menjelaskan bahawa segala kuarantin ketat telah mereka ikuti seiring dengan protokol kebersihan.

“Namun begitu, kami memahami dan bersetuju dengan cadangan pakar pemulihan tentang siaran bukan profesional berinteraksi secara rapat dengan anak panda  boleh mencetuskan pelbagai kesalahfahaman. Bagi menghormati kerjasama pihak antarabangsa, kami membuat keputusan untuk tidak menayangkan episod berkenaan,” jelas BlackPink.

Harapnya BLINKS di China dan netizen China berpuas hati dengan keputusan BlackPink untuk membatalkan tayangan episod berkenaan dan semoga isu ini dijadikan iktibar buat kumpulan tersebut serta pihak yang terlibat agar lebih sensitif dengan perkara seperti ini.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang layanan YG Entertainment kepada para artisnya, klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Peminat Kurang Senang Dengan Cara YG Entertaiment ‘Jaga’ Kebajikan Artis K-Pop

Blackpink Dikritik Netizen China Kerana ‘Membahayakan’ Nyawa Panda

Lisa Blackpink Rugi RM3.5 Juta Selepas Ditipu Oleh Pengurusnya

 

Sumber