Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial dimana memaparkan golongan VIP yang memasuki masjid tanpa perlu beratur seperti jemaah lain. Video tersebut telah membangkitkan amarah dalam kalangan netizen dan pihak Masjid Putra turut telah menjelaskan isu tersebut.

Akan tetapi, kenyataan daripada Imam Masjid Putra Ikmal Zaidi Hashim tidak meredhai perbuatan individu yang merakam dan menularkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapat layanan istimewa menambahkan lagi api kemarahan netizen.

Malah, Ustaz Ikmal telah meminta individu yang bertanggungjawab untuk tampil memohon maaf kepadanya mendapat kritikan hebat netizen. Oleh itu, Masjid Putra hari ini telah tampil dengan video permohonan maaf secara terbuka daripada Ustaz Ikmal kepada seluruh umat Islam berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Tambahnya, beliau turut berjanji akan memperbaiki pelaksanaan standard operasi standard (SOP) sedia ada dan mengajak para jemaah untuk terus mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak masjid.

Bagi anda yang terlepas isu terbabit, klik sahaja pautan di bawah ini.

Tular Video Layanan ‘Double Standard’ Untuk Jemaah Solat Jumaat, Ini Penjelasan Masjid Putra

Tak Redha Video Disebar, Imam Masjid Putrajaya ‘Pertahan’ Kuota Untuk VIP