Neil Armstrong dalam misi Apollo 11 pada tahun 1969 telah membawa zarah debu dari bulan ke bumi. Kini, zarah debu tersebut dijangka dilelong pada harga antara AS$800,000 (RM3.3 juta) hingga AS$1.2 juta (RM5.05 juta).

Menurut laporan, firma lelongan Bonhams berkata, acara lelongan tersebut bermula pada pertengahan April tetapi sudah banyak pihak berminat untuk memiliki debu bulan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, NASA pernah kehilangan beg zarah debu bulan itu selepas ia dipinjamkan sebagai pameran ke sebuah muzium. Difahamkan, ia menjadi sebahagian daripada harta yang dirampas apabila pengarah muzium angkasa lepas didapati terlibat dengan kes penipuan dan kecurian

Pada tahun 2015, beg debu itu dilelong oleh Perkhidmatan Marshalls Amerika Syarikat kepada seorang penduduk Illinois, Nancy Lee Carlson dengan harga AS$995 (~RM4,189).

Lalu, Carlson bertindak menghantar beg itu kepada NASA bagi mengenal pasti asal usul beg debu tersebut tetapi NASA enggan mengembalikannya selepas mendapat beg debu itu.

Oleh itu, Carlson telah menyaman NASA dan memenangi kes tersebut serta beg debu itu dipulangkan oleh NASA. Kini, Carlson mahu melelongnya tetapi sebab utama tidak dinyatakan.

Bulan dikatakan pernah hilang dari langit pada 900 tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Tahukah Anda Pada 900 Tahun Dahulu, Bulan Pernah Hilang Dari Langit?

Bulan Makin Jauh Dari Bumi Setiap Tahun, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber