Pensyarah aku ini ada PhD. Yang pakai hoodies ni nama dia Theo Lynn. Pensyarah aku masa aku belajar dulu. Penyelia yang paling aku suka.

Selain mengajar, dia juga adalah CEO Rendicity, sebuah syarikat pembekal perisian dan khidmat rendering 3D ke dalam cloud yang beroperasi dari Dublin, Ireland.

Sebagai usahawan, dia pernah memiliki 3 lagi syarikat ICT dan menjualnya semula apabila syarikat tersebut sudah berjaya.

Dia pernah memperolehi sehingga 120 geran dari pihak swasta dan kerajaan Ireland untuk pelbagai penyelidikan dan pembangunan produk, kebanyakannya semasa bernaung di bawah Dublin City University.

The Patriots

Dia ada PhD. “Doctor of Philosophy”. Ijazah Kedoktoran kalau dalam Bahasa Melayunya. Boleh dipanggil “doctor” la kiranya. Tapi dia ada kepantangan. Dia cukup pantang kalau pelajar-pelajar seliaan dia panggil dia “doctor”.

Dia akan kutuk pelajar dia yang panggil dia “doctor” on the spot. Walaupun dalam kelas. Dia akan tegur dan pastikan pelajar tu takkan panggil dia “doctor” lagi.

Dia pernah marah aku sambil berseloroh bila aku mula-mula masuk kelas dia aku panggil dia “doctor”.

Katanya:

“Engkau panggil aku doktor ni, engkau ingat, aku boleh ubatkan penyakit kau?”

Berderai kelas gelakkan aku. Dia la paling kuat menganjing aku lepas-lepas tu. Memang style dia melawak sambil perli-perli. Kena tahan sikit la dengan dia ni.

Katanya lepas tu:

“Di sini, takde orang panggil aku “doctor”. Panggil aku Theo, Kita sama je.”

Terpinga-pinga juga mula-mula. Tersasul pun ada. maklumlah, tak pernah jumpa pensyarah yang ada PhD tak nak dipanggil “doctor”. Sudahlah begitu, disuruh pula panggil nama sahaja.

Kemudiannya dah terbiasa panggil dia Theo sahaja. Kami banyak belajar dari dia dan dalam masa yang sama, kami juga mesra berkawan. Jadi, masa aku dah nak balik Malaysia, aku ada jumpa dia. Hari terakhir aku di DCU.

Lepas bergambar ni rasanya aku tanya dia nak bagi puas hati. Aku tanya dia tentang kepantangan dia yang satu ni. Pantang dipanggil “Doctor”.

Dia kata:

“Orang akan gelakkan aku kalau dengar ada yang panggil aku doctor!” katanya bergurau macam biasa.

“Kedoktoran aku ni bukan untuk orang panggil aku dengan gelaran tu, tapi untuk buatkan aku sedar apa yang aku ada, aku kena bagi lebih banyak lagi untuk orang lain. Apalah nak dibanggakan sangat. Sekarang ni aku takde banyak. Jadi bila orang panggil aku doktor, aku segan lah,” tambahnya lagi.

Orang yang ada PhD, yang ada banyak syarikat, pandai dan cerdik macam dia masih lagi segan dengan apa yang dia ada. Dia pun rasa dia tak cukup power lagi.

Bukan apa. Aku teringat dan nak bercerita tentang perbualan ni pasal dari semalam sampai hari ni, aku nampak ramai benar yang mengutuk, membodoh-bodohkan orang yang ada SRP je.

Mungkin, dia rasa dia berhak pasal dia cerdik dan belajar lebih tinggi. Setidak-tidaknya mestilah dia belajar lebih tinggi dari Theo Lynn ni.

Untunglah.

-KAM-

Artikel di atas disumbangkan oleh The Patriots. Gemar membicarakan tentang sejarah Melayu dan dunia.. Boleh ikuti beliau di sini.
7 KOMEN
  • kebanyakan mmg nak panggil dokter. aku dah berapa kali kena tegur sbb x panggil dokter haha.. mungkin sbb nk dpt jwtn tu susah.

    tapi bg aku sama je. pangkat buat aku kurang komunikasi dgn lecturer.

  • Nia

    Benda mudah. Doctor bermaksud doktor falsafah. Theo bermaksud tuhan.

    “Jangan panggil aku doktor. Panggil aku Tuhan.”

    Nama dia osem kot.

  • Anas

    Kalau nak spin, perspektif artikel ni pun aku boleh spin balik.

    Another way to look at this :

    Theo yang ada PhD dan banyak tubuh syarikat pun tak jolok MB Kedah suruh turun, tapi yang cuma ada SRP je boleh pulak buat gitu.

    Lihatlah pekara yang tersirat tu as it is. Politician yang rakus, tanpa sebarang kredit ikhtisas, kaki bodek, membuat rampasan kuasa untuk menguatkan lagi bos di Federal yang korup.

    SRP atau PhD, itu cuma plot sampingan… Punya terdesak nak kukuhkan position, yang tak ada masalah dijatuhkan, yang tak ada kelayakan itulah yang diangkat.

    P/S : Doctor dalam bahasa asal (Latin) ertinya “yang mengajar”, ie. guru (sanskrit), cikgu (melayu), sensei (cina/jepun), ustaz (arab).

  • muhammad hazwan

    Kalau di UK. Tahap consultant je org biasa panggil Dr. Dgn lastname dia. Doktor biasa2 even specialist trainee akan panggil dgn first name. Even as a medical student. Almost all consultant pun sbnrnya prefer dipanggil dgn first name.

  • tukang tengok

    cerita sikit punya panjang rupa2 nya pembodek dan kawan2 pd jibi…Tahniah

  • ahmad

    Kawan aku buat PHD first year dah bahasakan diri dia doctor….. =(

  • khadeeja

    sepanjang belajar dan tinggal di bbrp negara maju, berbelas tahun, mmg dr PhD bahasakan diri dgn nama jer. klu tulis formal email/letter baru dia letak phd tu. klu panggil, mmg diorg tak suka dipanggil doctor. klu dr medic pun, selain di klinik atau yg dh kenal dia dr, takdernya nk susah2 kenalkan diri sbgai dr. rilex jerr… dah kenal 2,3 tahun baru kita tau kawan2 kita tu dentist, dr pakar dsb (tu pun sbb dia ckp dia kena cover kwn dia mc) :D

    kt sini, wuishhhh, marah klu panggil sis, encik atau lain2. haruuu. kt fb jer pun. masalah ni cuma di negara2 membangun n underdevelop jer kut. naper yer?

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤