Semalam berlangsungnya acara gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Akan tetapi, ada berita yang kurang senang ketika siaran langsung anugerah tersebut. Lengkap berpakaian baju melayu dan songkok, Shaheizy Sam kelihatan segak untuk menyampaikan anugerah tetapi malangnya menggantung vape dileher.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, rata-rata netizen mengecam Shaheizy Sam atas tindakannya yang secara tidak langsung mempromosikan dan bawa budaya buruk untuk tontonan umum. Tidak hanya itu, para netizen juga mempersoalkan krew produksi kerana tidak menyaring penampilan Shaheizy Sam sebelum mula bersiaran langsung.

https://twitter.com/lowkey_noob/status/1327262848783794176

https://twitter.com/bearbbamgyu/status/1327285762388234240

https://twitter.com/MNaremiAzwan/status/1327244659320492032

Menerusi satu laporan, Shaheizy Sam menjelaskan bahawa dirinya terlupa untuk menanggalkan vape tersebut disebabkan keadaan kelam kabut sebelum naik ke atas pentas. Malah, beliau juga sering bawa vape dalam jumlah yang banyak ke hulu ke hilir kerana sering cepat habis. Apakah pendapat anda akan hal ini?

Sementara itu, sebelum ini Shaheizy Sam pernah terpalit dengan isu vape ini juga. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Shaheizy Sam Minta Maaf Selepas Ditegur Netizen Pakai Tali ‘Pod’ Bersama Baju Askar

Pensyarah Ini Kagum Dengan Sifat Anak Lelaki Soleh Yang Wujud Pada Diri Shaheizy Sam

Pecahan Kos Perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam & Syatilla Melvin