Horizon Worlds merupakan salah satu penawaran syarikat Meta untuk arena metaverse. Dalam menjayakan idea dunia realiti maya mereka, sudah pasti memerlukan jumlah pengguna yang tinggi secara berterusan pada setiap bulan.

Berdasarkan sasaran awal Meta, mereka menyasarkan sekitar 500,000 pengguna aktif bulanan untuk Horizon Worlds menjelang penghujung 2022 ini. Namun, perkara ini dilihat sangat sukar dicapai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Digital Information World

Mengikut dokumen dalaman Meta, Horizon Worlds dilaporkan mempunyai angka kurang daripada 200,000 pengguna setiap bulan. Oleh itu, Meta telah mengemas kini sasaran baharu iaitu sekitar 280,000 pengguna bulanan menerusi platform Horizon Worlds menjelang penghujung 2022 ini.

Beberapa perkara membawa kepada angka pengguna yang berkurangan termasuklah pengguna yang menyatakan tidak menyukai rekaan avatar, di samping tidak mempunyai rakan-rakan untuk melepak bersama.Dengan ini, dunia Horizon Worlds telah dilabel sebagai sunyi dan menyedihkan.

Sumber Gambar: Variety

Bagaimanapun, Meta pada minggu lalu telah memperkenalkan beberapa kemas kini pada Horizon Worlds  yang mana mungkin menarik kembali pengguna ke platform metaverse tersebut. Mark Zuckerberg dilihat masih tidak berputus asa dengan visinya dan masih mahu meneruskan pembangunan metaverse mereka.

Sumber