Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34. Acara ikonik yang sudah berlangsung lebih tiga dekad ini merupakan acara bagi memberi penghargaan kepada para artis yang popular mengikut kategori yang ditetapkan.

Di sebalik kejayaaan Janna Nick yang diisytihar sebagai Bintang Paling Popular, pakaian penyanyi Aina Abdul nampaknya berjaya mencuri perhatian netizen selepas tampil dengan fesyen yang agak unik.

Mengenakan pakaian serba hitam, Aina Abdul pada kali ini tampil dengan corak bunga yang besar pada bahagian muka sekaligus menjadi ‘hijab’ membuatkan beliau menjadi perhatian ramai. Malah, pakaian beliau turut meraih pelbagai komen daripada para netizen terhadap fesyen yang ditampilkan.

Berdasarkan komen para netizen, dapat dilihat terdapat para netizen yang kurang bersetuju dengan fesyen yang ditampilkan Aina Abdul malah turut melabel beliau sebagai ‘mangsa fesyen’.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyukai pilihan fesyen beliau yang menampakkan seolah gaya futuristik serta meminta orang ramai menghormatinya.

Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fesyen yang dibawakan oleh para artis sempena ABPBH Ke-34, anda boleh kunjungi laman Instagram Vocket Style.

Tular pada minggu ini apabila pihak pengajur sekadar menyidai karya seni sekaligus mengundang kekecewaan para artis.

‘Macam Jemur Kain’- Penganjur Dikritik Selepas Artis Luah Kekecewaan Karya Seni Disidai

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka