Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang pemuda kini terkenal selepas tagline miliknya menjadi ikutan ramai iaitu ‘Malu Apa Bossku?’. Mohd Nor Kharoni Kamisan atau lebih dikenali sebagai Ron Kamisan yang menjadi perhatian umum merupakan seorang ahli perniagaan dan memiliki sebuah tempat makan terkenal di Kuala Lumpur, Lepaking.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Kedai makan tersebut dibuka pada tahun 2018 dan terletak di Gombak kian menjadi perhatian anak muda untuk makan berikutan kedai tersebut menyajikan konsep yang agak rare.

Akan tetapi, melalui group Facebook Ponzi Scheme Alert in Malaysia, Ron Kamisan didakwa mempunyai kaitan dengan Bitkingdom satu ketika dahulu. Pasti anda tertanya-tanya apa itu Bitkingdom?

photo_2019-02-08_11-43-54

17155540_339523723108882_6963399213427578829_n

Untuk pengetahuan anda, Bitkingdom ini merupakan syarikat pelaburan yang terkenal sekitar tahun 2015 berikutan telah berjaya menipu ramai pelabur. Malah, dalam satu petisyen yang dilancarkan oleh mangsa Bitkingdom, Dato Mohammad Fadino Bin Khairuman yang merupakan pengasas syarikat tersebut dikhabarkan membuka kedai makan Lepaking yang dijaga oleh Ron Kamisan.

Jika kedai tersebut dibuka oleh pengasas Bitkingdom, adakah benar dakwaan tersebut? Pengasas Bitkingdom masih bebas dan tidak ditangkap walaupun telah menipu ramai orang melibatkan jutaan ringgit. Dato Fadino juga sekarang dikhabarkan bergiat aktif ‘mencuci duit’ dengan melabur dalam filem-filem tempatan pula bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

ss1

ss2

ss3

Ron Kamisan juga seorang opportunist apabila bijak ‘menggunakan’ Dato Sri Najib untuk meraih populariti produk jualannya. Sebelum ini, beliau turut pernah ‘menempel’ bersama Tun Mahathir dalam mempromosikan Lepaking.

View this post on Instagram

Alhamdulilah rezeki dapat berjumpa Tun M @chedetofficial untuk menandatangani memorial plat @lepakings sebagai tanda menyokong usahawan2 agar lebih maju dan saya juga membuat pilihan yang tepat dengan menyokong Tun M kembali memerintah 🇲🇾 agar menaikan kembali ekonomi malaysia seperti masa Tun M memerintah dahulu. Alhamdulilah video Nota Terakhir juga telah mendapat 600k view selepas 3hari di viralkan dengan kerjasama kami untuk menyedarkan rakyat 🇲🇾 bertapa besarnya tanggung jwp kita sbgai pengundi untuk memilih kerajaan. Taniah anda telah memilih Tun M kembali untuk memerintah 🇲🇾 . . #HidupTunM #pakatanharapan #PH #pru14 #tunM #lepaking #selamattinggalkakijilat #langitTakSelalunyaCerah #LainKaliPandangOrangBawah #RezekiAllahSiapaTahu #PilihYangBetul #TerimaKasihTunM #pkr #

A post shared by Ron_Kamisan (@ron_kamisan) on

Setakat ini hubungan antara Ron Kamisan dan Bitkingdom masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah dakwaan ini benar atau ada individu yang tidak berpuas hati dengan populariti Ron Kamisan? Apa pun, jika anda mahu buat pelaburan, pastikan ada buat pelaburan berkenaan di saluran yang betul.

Anda Mungkin Suka