Dengan keluasan tanah keseluruhan sebanyak 14 padang bola sepak, Gembox yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan ini akan menjadi salah satu tarikan utama yang setaraf dengan pasar malam terkemuka seperti di Chatuchak Market, Thailand, Pasar Malam Shilin, Taiwan dan Pasar Myeongdong, Korea.

Gembox yang disifatkan sebagai Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia akan menghimpunkan pelbagai barangan tempatan termasuk makanan, kraftangan dan budaya dari 13 buah negeri di seluruh negara dan akan beroperasi secara rasmi pada 13 September 2022 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keunikan Gembox ialah menerapkan elemen adat dan budaya Malaysia ke platform pasar malam moden dimana menghimpunkan 600 buah gerai yang menawarkan lebih daripada 10,000 barangan tempatan dari 13 buah negeri di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, lebih daripada 100 aktiviti kebudayaan juga akan dianjurkan dari semasa ke semasa. Segala urusan perniagaan di Gembox akan dijalankan dengan kaedah cashless dan waktu perniagaannya adalah bermula pada pukul 5 petang hingga lewat malam setiap hari.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Tidak Tersenarai Dalam Sistem Permit Pekerjaan, Ini Cara Untuk Warga Malaysia Bekerja Di Korea Selatan Secara Sah

Gara-Gara ‘Prosedur’ Ketat, Pesakit Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Ke Bank Untuk Perbaharui Kad