1K Dunia
January 27, 2021 - 2:29 PM

Seorang wanita Muslim kelahiran Pakistan, Saima Mohsin bakal melakar sejarah dengan menjadi wanita muslim pertama yang menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah bagi negara Amerika Syarikat.

Menurut laporan terbitan Geo News, wanita tersebut yang berusia 52 tahun itu bakal memulakan tugas beliau pada tarikh 2 Februari ini dengan menggantikan Matthew Schneider yang merupakan peguam semasa bagi daerah Detroit, Michigan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengumuman tersebut telah dilakukan pada Khamis lalu bersama-sama dengan berita persaraan Matthew.

“Saya sangat komited untuk melengkapkan misi kami dalam penguatkuasaan undang-undang dan berlaku adil terhadap semua,” kata Saima sewaktu siaran akhbar.

Mengikut Perlembagaan Amerika Syarikat, peguam besar wilayah juga adalah ketua penguatkuasaan bagi undang-undang Persekutuan di kawasan mereka dan turut terbabit dalam proses litigasi yang membabitkan pemerintah negara itu.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik peguam sedemikian di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat.

Menurut sumber, Saima Mohsin telah memegang jawatan sebagai Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad dan telah mula berkhidmat di Pejabat Peguam Amerika Syarikat sejak tahun 2002.

Walaupun begitu, pelantikan tersebut perlu disahkan Dewan Senat terlebih dulu sebelum beliau dapat menyandang jawatan itu secara kekal.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai busana ungu Kamala Harris yang seakan sama seperti baju di dalam siri The Simpsons melalui pautan di bawah.

Persis Baju Siri ‘The Simpsons’, Busana Ungu Kamala Harris Jadi Perbualan Netizen

Pernah Tinggal Dan Bersekolah Di Malaysia, Datuk Bandar Di Amerika Syarikat Jadi Perhatian

Netizen Berang, Penyokong Trump Tak Tahu Beza Bendera Malaysia Dengan Amerika Syarikat