Puasa pada musim panas atau musim sejuk di kawasan ekstrim.

Okay sebelum saya tulis, saya perlu tekankan bahawa saya bukan pakar dalam bidang ini. Tetapi sebab beberapa orang berlainan dah tanya soalan yang sama, saya rasa saya perlu tulis mengenai hal ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan saya juga memohon yang membaca supaya lapang dada pada perbezaan pendapat, perbezaan geografi dan apa-apa perbezaan yang perlu di ‘agree to disagree‘. Mohon jangan agresif jika pandangan berbeza dan jika boleh, sila buat kajian sendiri dan tentukan apa yang dirasakan perlu dibuat.

1. Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam Islam mengenai bulan puasa di musim panas/sejuk di negara-negara berlatitud tinggi (hampir dengan atau berada di kutub utara / selatan).

2. Musim panas di negara-negara berlatitud tinggi ini biasanya, siang menjadi sangat panjang dan pada musim sejuk, siang menjadi sangat pendek.

3. Oleh itu, berpuasa di musim panas mengakibatkan ramai Muslim yang perlu berpuasa melebihi 18 jam. Atau 2 jam sahaja pada musim sejuk.

4. Disebabkan perbezaan ekstrim begini, beberapa perbincangan telah dibuat oleh pakar-pakar dan terdapat beberapa perbezaan fatwa mengenai hal ini. Pendapat-pendapat ini adalah:

A. Ikut waktu asal walaupun ekstrim
B. Ikut waktu bandar selatan terdekat dari dalam negara yang sama
C. Ikut waktu Mekah.

5. Pendapat pertama menegaskan untuk muslim serata dunia mengikut masa asal di tempat lokal. Pendapat ini diambil berdasarkan pandangan literal dari al-Quran.

Walaubagaimanapun, saya rasakan pandangan ini tidak berapa mengambil kira kedudukan geografi Muslim yang sekarang sudah berada di seluruh pelusuk dunia.

oolu-finland
Jam 4 pagi di Oulu, Finland.
oulu-findland-2
Gambar diambil pada pukul 12:30 malam. Takde orang kat bandar — in Oulu, Finland.
oulu-findland
Gambar diambil pada pukul 12:30 malam — in Oulu, Finland.
oulu-findland-1
Oulu ni sebenarnya kuala. Gambar di ambil pada pukul 12:30 malam — in Oulu, Finland.

6. Contohnya, di Oulu, panjang waktu siang lebih kurang 22-23½ jam. Di Karigasniemi, utara Finland, yang saya akan pergi minggu ini, matahari cuma akan terbenam pada 26hb Julai nanti.

Selain itu, ada juga Muslim yang mengikut pandangan pertama ini yang jatuh sakit akibat berpuasa terlalu lama (lebih dari 20 jam). Begitu juga jika musim sejuk, di Oulu cuma mempunyai lebih kurang 2-4 jam waktu siang dan di Karigasniemi, malam akan berterusan selama berbulan-bulan tanpa siang.

Jadi pendapat pertama mempunyai banyak masalah jika diikuti. Akibat dari pandangan pertama ini, terdapat kata-kata sumbang yang menuduh Quran sebagai outdated atau tidak global walaupun kekurangan itu timbul dari interpretasi yang tidak bersesuaian.

7. Pandangan kedua terhasil sebagai jalan penyelesaian bagi pandangan pertama kerana mempunyai masalah-masalah yang telah disebutkan. Tetapi ini masih tidak menyelesaikan masalah berpuasa terlalu panjang bagi negara-negara yang berlatitud tinggi.

8. Pandangan ketiga pula diambil kerana musim di Mekah adalah lebih moderate sepanjang tahun dan merupakan tempat kelahiran Islam. Iaitu, jika Mekah berpuasa pada 4:00am – 7:00pm, Muslim di negara ekstrim juga akan berpuasa 4:00am -7:00pm mengikut waktu lokal.

9. Jadinya, negara-negara mana yang terlibat? Mengikut pembacaan saya setakat ini, negara-negara yang mempunyai latitud lebih dari 45° dari garisan khatulistiwa, yang mempunyai siang yang sangat panjang mengikut paksi bumi.

10. Paksi bumi condong lebih kurang 21-24° yang menyebabkan sesetengah negara mempunyai musim yang ekstrim. Kebanyakan negara berlatitud 45° ke atas tercondong ke arah matahari, maka siangnya menjadi sangat panjang, termasuklah di UK dan Perancis.

11. Jadi, menjawab kepada persoalan seperti “tapi kawan-kawan saya semua puasa je 21-23 jam sehari?” atau “tapi imam di masjid negara ni cakap tak boleh puasa ikut Mekah”.

Ini persoalan ijtihad (rasional masing-masing) berdasarkan keperluan masing-masing.

12. Di Oulu juga, terdapat perbezaan pendapat ini dan ramai juga yang berpuasa pada waktu-waktu berlainan. Namun, semua Muslim di sini menyambut baik perbezaan pendapat ini dengan menghormati keputusan yang dibuat individu berlainan.

13. Untuk rakan-rakan yang berada di negara-negara yang terlibat ini, tentukan apa yang dirasakan betul dan yakin dengan keredhaan Allah dalam menerima ibadah puasa kita semua.

Diharap pos ini dapat membantu sebanyak sedikit. Sila tag rakan-rakan yang berada di negara luar agar sedikit informasi ini boleh diguna dalam membuat keputusan masing-masing.

Selain itu, mohon juga untuk membaca pendapat/fatwa dari negara-negara berlainan yang telah dipublish di internet untuk mendapatkan details lebih lanjut mengenai sumber rujukan fatwa. Terima kasih.