Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

3 Mac yang lalu merupakan hari yang bersejarah buat Perodua apabila melancarkan kereta model SUV baru yang menggantikan Perodua Kembara dan Perodua Nautica yang telah lama berada di pasaran Malaysia.

Sehingga hari ini sebanyak 5,000 tempahan sudah diterima dan Perodua telah membuat penghantaran pertama sehari selepas hari pelancaran. Perodua menyasarkan untuk menghantar purata sebanyak 3,000 unit sebulan.

vocket-kos-servis-perodua-ativa-2

Sumber Gambar: Paultan

Kali ini Perodua telah menggunakan kombinasi enjin 1.0-liter turbo dan kotak gear D-CVT pada model Ativa ini. Sudah semestinya ramai yang tertanya-tanya tentang kos penyelenggaraan akan jadi lebih mahal?

Di sini kami kongsikan pecahan servis mengikut pecahan mileage dan jumlah kos-kos yang anda perlu bersedia untuk membayarnya sepanjang anda menggunakan model Perodua Ativa ini.

1,000km

Kereta Ativa anda tidak perlu diservis sekiranya mileage baru menunjukkan 1,000km ataupun 5,000km. Anda boleh pandu dengan senang hati sehinggalah meter mileage menunjukkan 10,000km.

10,000km

Setelah mileage sudah mencecah 10,000km pertama, bolehlah anda menghantar kereta ke bengkel untuk menukar minyak hitam dengan kos RM145.60. Perodua Ativa menggunakan minyak enjin jenis sintetik penuh 0w-20 sebanyak 3.5 liter.

Anda juga perlu menggantikan penapis minyak hitam yang berharga RM11.90 dan drain plug gasket, RM3.00. Jumlah keseluruhan servis pertama berharga RM160.50 dan tiada kos upah buruh dikenakan untuk kali ini.

20,000km 

Untuk servis kali kedua pula, anda perlu membayar beberapa kos tambahan seperti penapis penyaman udara berharga RM33,50 dan kos upah buruh sebanyak RM65.30 (termasuk SST). Jumlah keseluruhan untuk servis kedua ini berharga RM259.30.

vocket-kos-servis-perodua-ativa-5

Sumber Gambar: Paultan

30,000km

Kos untuk servis ketiga sedikit murah berbanding kos servis kedua. Sama seperti kos servis yang pertama, anda perlu membayar kos menukar minyak hitam, penapis minyak hitam dan drain plug gasket. Anda juga perlu membayar kos upah buruh sekaligus jumlah keseluruhan RM202.79 sahaja.

40,000km

Apabila mileage sudah mencecah angka ini, kos servis akan menjadi sedikit mahal kerana kereta Ativa anda perlu menjalani servis major. Antara komponen lain yang perlu diservis ialah penapis penyaman udara, penapis udara enjin, 1 liter minyak brek, 2 liter cecair penyejuk enjin dan kos upah sebanyak RM95.72 (termasuk SST). Kos keseluruhan untuk major servis ini berharga RM423.12.

50,000km

Kos servis kali ini murah hampir separuh harga sama seperti kos servis semasa 30,000km sebanyak RM202.79.

vocket-kos-servis-perodua-ativa-6

Sumber Gambar: Paultan

60,000km

Kos servis ini sama seperti kos servis semasa 20,000km. Anda perlu bayar RM259.30 untuk menukar minyak hitam, penapis penyaman udara dan juga kos upah buruh.

70,000km

Kali ini kos servis kali kembali murah sama seperti kos servis semasa 30,000km dan 50,000km sebanyak RM202.79 sahaja.

80,000km

Sekali lagi kereta Perodua Ativa anda perlu buat major servis sama seperti 40,000km. Kos servis bernilai RM423.12.

vocket-kos-servis-perodua-ativa-1

Sumber Gambar: Paultan

90,000km

 Kali ini kos servis kali kembali murah sama seperti kos servis semasa 30,000km, 50,000km dan 70,000km. Harga servis minor cuma RM202.79 sahaja.

100,000km

 Apabila mileage sudah mencecah angka ini, harganya lebih mahal berbanding kos-kos servis seblum ini. Anda perlu menukar satu set palam pencucuh (3 unit dengan harga RM 471.90) dan cecair hidraulik untuk transmisi D-CVT dengan kos RM 97.50.

Anda juga disarankan menukar penapis penyaman udara dengan harga RM33.50 dan kos upah sebanyak RM 74.20 (termasuk SST) menjadikan kos keseluruhan ialah RM 841.40.

Inilah kos-kos maintenance yang anda perlu bersedia untuk membayar sepanjang menggunakan menggunakan SUV terbaru Perodua Ativa. Alah membeli, menang memakai.

Pada 3 Mac lalu, Perodua telah melancarkan tiga varian Perodua Ativa dengan harga yang murah berbanding harga jangkaan yang diumumkan pada bulan Februari lalu.

Perodua Ativa Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM61,500

Tempahan Model Perodua D55L Kini Dibuka, Harga Ditawarkan Bermula Daripada RM62,500

Perodua Yakin Capai Sasaran Jualan 240,000 Unit Kereta Pada 2021

Anda Mungkin Suka