Mula popular di luar negara, nampaknya trend orang ramai yang mulai berjinak dengan aktiviti stream semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Bermula dengan bermain game, kini aktiviti ini turut diperluaskan kepada konsert membolehkan orang ramai dapat menonton terus daripada atas talian.

Dalam pada itu, melihatkan lambakan streamer serta bakal streamer kini, pastinya kelengkapan yang baik bakal membantu perjalanan seseorang streamer. Hal ini bagi membolehkan seseorang dapat stream tanpa tiada lagi masalah audio, mikrofon dan sebagainya.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Buat anda yang berminat untuk mendapat kelengkapan sama ada untuk stream atau menjalankan podcast, kami cadangkan untuk anda dapatkan Maonocaster Lite.

Hadir dengan sebuah set yang lengkap, Maonocaster Lite hadir dengan audio mixer dan sound card membolehkan anda live stream, merekod lagu serta menjalankan podcast. Bukan itu sahaja, set ini turut dilengkapi dua fon kepala MH-501 dan two mikrofon AU-PM325T.

Dalam erti kata lain, tiada lagi masalah untuk stream secara dua orang serentak yang pastinya membuatkan streaming anda menjadi lebih rancak!

Mobiliti

maxresdefault

Antara perkara yang membuatkan kami sangat suka dengan Maonocaster Lite ini adalah mobiliti yang ditawarkan. Cukup sekadar mempunyai Maonocaster Lite, anda sudah berpeluang stream di mana sahaja anda berada tanpa perlu sokongan aksesori tambahan yang pastinya akan melecehkan.

Dilengkapi dengan output USB-C

Maono-Maonocaster-Lite-AU-AM200-Portable-All-in-One-Podcast-Production-Studio-3

Sumber: CT Music

Umum tahu, ketika ini boleh dikatakan hampir semua peranti menggunakan kabel USB-C. Bagi memudahkan pengguna, Maonocaster Lite turut menawarkannya membolehkan pengguna dapat connect dengan telefon pintar, komputer dan tablet dengan mudah.

Penggunaan USB-C juga turut menjanjikan output bunyi yang lebih jelas dan mantap sesuai buat mereka yang kerap merekod lagu dan sebagainya.

Noise cancelling

maxresdefault (1)

Bagi memudahkan aktiviti stream, podcast dan merekod lagu pastinya suasana yang senyap antara yang didambakan. Menerusi Maonocaster Lite, anda tidak perlu risau lagi kerana model ini turut dilengkapkan dengan fungsi noise cancelling. Dalam erti kata lain, output bunyi yang dikeluarkan tidak akan terganggu dengan keadaan persekitaran. Menarik bukan?

Selain itu, penyertaan touch control serta butang yang senyap pastinya bakal membantu kerja pengguna. Buat mereka yang mahu tampil dengan keunikan, anda juga boleh menggunakan fungsi pitch changer dalam mengubah suara mengikut tatapan yang dibuat.

Dalam erti kata lain, Maonocaster Lite sedia membantu mereka yang mahu merekod muzik bermula dengan menghasilkan minus one sehinggalah kepada efek yang lebih canggih

Hadir dengan harga mampu milik

117576825_3175609212494859_1066280774295173073_n

Sekiranya anda merupakan seorang pemula dalam dunia streaming, pastinya kelengkapan yang serba cukup dan mampu milik antara yang menjadi kriteria. Oleh sebab itu kami mencadangkan anda mendapatkan Maonocaster Lite.

Bayangkan berdasarkan fungsi yang pelbagai ditawarkan model ini, Maonocaster Lite sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM359.97 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya terus melalui platform Shopee.

Minggu lalu turut menyaksikan DJI melancarkan DJI Mini 2 dan DJI Pocket 2 yang hadir dengan teknologi dan fungsi yang serba baharu.

Ringan Dan Mudah Untuk Diterbangkan, DJI Lancarkan DJI Mini 2

DJI Pocket 2, Kamera Mini Dengan Resolusi 4K Berharga Serendah RM1,549

Anda Mungkin Suka