Lambakan komputer riba di pasaran pada ketika ini pastinya membuatkan anda atau pengguna lain bingung untuk membuat pilihan. Terdapat model yang difokuskan buat gaming namun hadir saiz yang besar manakala terdapat juga model yang menawarkan spesifikasi yang hebat namun hadir dengan tanda yang terlalu tinggi.

Fokus jenama-jenama komputer ini seolah tidak membantu buat pengguna yang mahukan sebuah komputer riba yang cukup baik untuk penggunaan seharian, mempunyai saiz skrin yang besar dan paling penting adalah ditawarkan dengan harga yang mampu milik.

Mengulas mengenai keperluan pengguna kasual, sudah pastinya keperluan utama dari segi melayari laman web, membuat kerja menggunakan aplikasi Microsoft Office dan juga serba sedikit kerja suntingan antara yang menjadi rutin kebiasaan pengguna.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan, HUAWEI MateBook D16 keluaran tahun 2022 antara yang menepati kriteria. Jenama ini telah menawarkan sebuah pakej lengkap khusus buat para pengguna. Ayuh kita rungkaikan pakej yang ditawarkan pada model ini.

Rekaan

Dari segi rekaan, model ini dilengkapkan dengan penggunaan material logam yang kukuh dan tampak moden. Warna yang ditawarkan pada model ini adalah Mystic Silver sekaligus membangkitkan elemen premium pada model ini. Sekali pandang, pasti ramai yang menjangkakan model ini mempunyai tanda harga jauh lebih mahal daripada harga sebenar.

Rekaannya yang kukuh sekaligus memberi keyakinan buat para pengguna untuk mengguna dan membawanya dalam menjalani tugas seharian. Walau bagaimanapun, siapa sangka, HUAWEI masih berjaya menawarkan model ini pada berat sekitar 1.7kg sahaja. Menarik bukan?

Spesifikasi dan prestasi

Dari segi spesifikasi, model yang kami review ini hadir dengan spesifikasi processor Intel® Core™ i5 generasi ke-12, 16GB RAM beserta ruang storan 512GB SSD. Penyertaan Windows 11 beserta Microsoft Office antara yang tersedia. Skrin dan paparan yang ditawarkan pula terdiri daripada panel IPS dengan saiz skrin 16-inci.

Berdasarkan penggunaan, kami dapati model ini tidak mempunyai masalah dalam menjalankan beberapa aplikasi yang kerapa digunakan bagi tugas seharian. Pembukaan software seperti Brave Browser, Spotify dan beberapa aplikasi lain dilihat lancar dan pantas.

Selain itu, khusus buat mereka yang kerap membuka browser dengan lambakan tab, model ini masih mampu menangani yang baik sekaligus meletakkan model ini sebagai antara model yang terbaik untuk kegunaan harian.

Apa yang kami suka dengan HUAWEI MateBook D16

Sesuai dengan namanya, model ini menawarkan keunikan dengan menawarkan saiz skrin 16-inci pada sebuah komputer riba yang mana jarang dilihat pada model-model keluaran jenama lain lakukan.

Selain itu, saiz skrin yang besar pada model ini turut memberi kelebihan bagi HUAWEI MateBook D16 disertakan dengan numpad dalam memudahkan pengguna khususnya mereka yang banyak menggunakan nombor dalam urusan harian.

Selain itu, khusus buat mereka yang kerap menjalani meeting secara dalam talian, model ini sedia memenuhi keperluan anda menerusi kamera dengan resolusi 1080p yang membantu menawarkan imej rakaman yang jelas buat para pengguna.

Oh ya, khusus buat anda yang memiliki beberapa peranti HUAWEI, anda turut berpeluang berkongsi gambar, video atau dokumen dengan mudah dan pantas menerusi HUAWEI Share.

Adakah berbaloi?

HUAWEI MateBook D16 sedia ditawarkan bermula pada harga RM3,699. Pemilihan spesifikasi yang berbeza turut hadir dengan tanda harga yang berbeza. Pada pendapat kami, model ini dikhususkan buat mereka yang mahukan sebuah komputer riba yang serba cukup, mempunyai rekaan yang premium dan juga pentingkan saiz skrin yang besar.

Model ini disasarkan buat para pengguna yang kerap menjalankan tugas seharian menggunakan komputer riba namun tidak menggunakannya bagi menjalani aplikasi-aplikasi berat contohnya bagi tujuan bermain game atau membuat suntingan.

Adakah berbaloi? Sudah tentunya buat majoriti golongan bekerja di Malaysia. Para pengguna bukan sahaja berpeluang menikmati saiz skrin sehingga 16-inci, malah berat model ini serendah 1.7kg dan ditawarkan bersama HUAWEI CD60 MateBook Backpack secara percuma.

Khusus buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MateBook D16, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya secara terus menerusi laman rasmi HUAWEI.

Kecoh di Malaysia baru-baru ini apabila terdapat seorang pelajar berusia 17 tahun dilaporkan telah menerima gaji sebanyak RM14,000 berikutan kepakaran beliau dalam bidang teknologi.

‘Wonderkid Tech’ Umur 17 Tahun Dari Malaysia Terima Gaji Sebanyak RM14,000 Sebulan

Bersaing Jadi Peneraju Dalam Industri Fesyen, Permainan ‘Fashion Dream’ Kini Dilancarkan Secara Rasmi