Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul telah muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 dan setiap tahun, Aina tidak pernah gagal dalam membawakan fesyen-fesyen unik untuk persembahannya.

Artikel Berkaitan:

Bagi AJL ke-37, Aina tampil dengan busana berkonsepkan elemen gumpalan awan putih dan menelan kos sebanyak RM90,000 secara keseluruhannya.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah sedutan video yang memaparkan kejadian kelakar membabitkan pakaian Aina itu.

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat Noki K-Clique yang duduk di belakang kerusi Aina terlihat terganggu dengan pakaian yang dipakainya seolah-olah hampir terkena Noki ketika menanti senarai pemenang diumumkan.

Penularan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat situasi terbabit.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat bahawa mungkin untuk acara akan datang, penganjur dapat memberikan tempat istimewa buat Aina.