Pada zaman di mana akses internet terbuka meluas, ramai orang terutamanya jurujual dalam talian mengambil peluang untuk menjadi ‘lebih kreatif’ daripada orang lain supaya sesuatu hantaran viral menjadi bualan ramai sehingga ke pengetahuan pelanggan berpotensi yang berminat akan membeli produk daripadanya.

Baru-baru ini nampak seperti sudah menjadi satu trend apabila ramai jurujual kenderaan dalam Malaysia berkongsi beberapa foto close-up kereta yang hendak dijual dalam keadaan ‘bergegar’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada luaran dan dalaman kereta, semua foto yang dikongsikan itu nampak kabur dan sukar untuk dilihat dengan baik. Antara model kereta digunakan untuk teknik pemasaran kreatif ini ialah Proton Persona, Honda Civic FK8 Type-R dan Mitsubishi Lancer Evolution 9.

Bagaimanapun hantaran yang dikongsikan beberapa jurujual itu telah mendapat ribuan kali perkongsian oleh pengguna Facebook yang lain. Ternyata ramai yang berasa geli hati melihat cara pemasaran online yang kreatif itu.

Menurut jurujual First Mile Auto, Robert, dia langsung tidak menyangka hantarannya boleh viral dan mendapat perkongsian menghampiri 8,000 kali.

“Idea ini sangat random. Setelah melihat beberapa hantaran di media sosial tular, rakan sekerja mengajak saya untuk mencuba berbuat benda yang sama dengan menggunakan sebuah Honda Civic FK8 Type-R,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia mengharapkan hantaran tersebut akan viral, Robert menyatakan dia langsung tidak berharap apa-apa. Bagaimanapun, selang beberapa jam hantaran dimuat naik, dia mula menerima ratusan perkongsian dan komen.

Sumber Gambar: Facebook Robert Liew

Robert menganggap perkara itu sekejap sahaja dan berakhir dalam masa singkat. Namun keesokkan harinya, dia menerima banyak notifikasi Facebook dan sehingga kini hantaran berkenaan masih dikongsikan semula oleh warganet, sehinggakan dia ada menerima mesej daripada beberapa pihak yang menghubunginya.

“Saya ada menerima pertanyaan daripada pihak yang berminat. Bagaimanapun, rata-ratanya mereka menghubungi saya dari luar negara.

“Selebihnya, hanyalah mesej-mesej gurauan yang berasa terhibur selepas melihat foto-foto tersebut dan kereta Type-R itu masih available jika ada berminat untuk memilikinya,” terang Robert lagi.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Honda Civic Type-R sudah mendapat hampir 8,000 perkongsian. Manakala hantaran Proton Persona pula menghampiri 5,000 perkongsian.

Sumber Gambar: Facebook HG Auto

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat lagi kreativiti anak-anak tempatan dalam mempromosikan kereta melalui pautan di bawah.

Kereta Bertukar Dengan Satu Klik, Video Kreatif Terbaru Sofyank96 Raih Pujian Netizen

Netizen Terhibur Dengan Iklan Kreatif AEON ‘Sindir’ Geng Honda Civic FC

Kancil ‘Cabriolet’ Di Klang Ini Sedia Dijual Dengan Harga Serendah RM2,000