Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kehadiran rider yang menerima tugasan untuk menghantar makanan kepada pengguna semudah menggunakan aplikasi sememangnya memudahkan ramai. Malah, kehadiran pekerjaan ini membolehkan para rider serta penerima makanan berkongsi rezeki dan menerima manfaat.

Dalam pada itu, di sebalik usaha keras para penghantar makanan atau rider yang berusaha tanpa mengira cuaca untuk menghantar makanan, tular sebuah video melibatkan rider dengan pelanggan yang naik angin menerusi perkongsian TikTok @minyakhitamjalanan.

@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan – minyakhitamjalanan

Menerusi perkongsian rider berkenaan, difahamkan pelanggan tersebut telah membuat kesalahan dengan pin location pada lokasi yang salah. Hal ini sekaligus membuatkan rider tersebut terpaksa mengambil masa sehingga satu jam sebelum menghantar makanan kepada pelanggan berkenaan.

Isu menjadi lebih panas apabila pelanggan berkenaan marah kepada rider tersebut serta menyebut perkataan yang kepada rider di hadapan khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, pelanggan tersebut bekerja di Malaysia University of Science and Technology (MUST) didakwa turut mengugut rider untuk memecat beliau daripada syarikat penghantar makanan berikutan kerjasama MUST dengan syarikat e-hailing tersebut.

@minyakhitamjalanan

Ya allah kau mudahkan kjer dunia aku #fypシ゚ #minyakhitamjalanan

♬ original sound – XTRA – XTRA

Nasib tidak menyebelahi rider apabila syarikat e-hailing tersebut telah menggantung kerja beliau sekaligus membuatkan beliau tidak dapat bekerja sebagai rider selama beberapa hari.

“Sudah tiga hari saya digantung kerja. 10 tahun saya buat kerja menghantar makanan. Saya dah buat sebaik mungkin untuk customer. Tetapi majikan saya tetap dengar cakap customer.

“Gaji saya pun digantung. Sudah nak hujung bulan, duit rumah nak kena bayar, susu anak nak beli dan macam-macam lagi,” katanya yang juga meminta orang ramai menghargai golongan rider yang kerap dihina.

Isu yang berlaku turut membuatkan MUST menerusi laman rasmi Facebook tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan pihak mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian kerjasama dengan syarikat Grab seperti yang didakwa salah seorang pekerja mereka.