Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sedia maklum, ketika ini ramai orang mula menyerbu kedai nasi Arab Chef Ammar dan boleh dikatakan ramai sanggup beratur panjang untuk mencuba keenakan makanan dijualnya.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan kedainya didatangi oleh beberapa orang anggota polis dan Chef Ammar dilihat memberikan kenyataan kepada pegawai polis tersebut.

@mohdarizan

Terbaik Cheff, kasi ajar sikit..

♬ original sound – Mohd Arizan – Mohd Arizan

Difahamkan, pihak polis menerima aduan daripada pelanggan kerana bengang wanita mengandung diberi keutamaan untuk membeli makanannya. Menurut Chef Ammar, wanita mengandung perlu diberikan keutamaan kerana keadaan fizikal mereka lebih memerlukan perhatian.

Tambahnya, dia tidak memaksa pelanggan untuk menunggu berjam-jam untuk membeli nasi Arabnya. Dapat dilihat juga, wanita mengandung itu menangis sambil ditenangkan oleh suaminya di belakang kedai Chef Ammar.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pengadu kerana tidak bertimbang rasa. Malah, para netizen turut memuji tindakan Chef Ammar dan pekerjanya yang memberikan keutamaan kepada wanita mengandung.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan seharusnya bulan puasa mengajar untuk lebih bersabar tetapi sebaliknya berlaku. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Menjelang Aidilfitri, Harga Tiket Bas Ekspres Naik Sehingga 20%

‘Live’ TikTok Ketika Sesi Pembelajaran Di Sekolah, Netizen Mahu Guru Ini Dikenakan Tindakan