Umum mengetahui, kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000 khusus buat para pencarum.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengesahkan Pengeluaran Khas KWSP itu yang akan dicepatkan masanya bermula 18 April iaitu hari ini berbanding 20 April secara berperingkat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, langkah itu diambil selepas beliau menerima banyak permintaan menerusi media sosial agar kerajaan mempercepatkan bayaran tersebut. Malah, beliau percaya ramai berasa lega apabila KWSP mengumumkan ahli boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM10,000.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Sementara itu, anda masih boleh memohon untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP sehingga hujung bulan ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

Bermula Dengan Van RM200, Dua Gadis Ini Kini Mampu Buka Kedai Kopi Berkonsep Minimalis