Pelakon jelita, Uqasha Senrose ditegur oleh peminatnya baru-baru ini di Instagram miliknya mengenai kembali betudung seperti sebelum ini.

Seorang peminat Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen memberi teguran atau nasihat kepada Uqasha di ruangan komen supaya memakai kembali tudung pada suatu hari kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Komen peminat itu menarik perhatian ramai apabila individu tersebut menulis atau meninggalkan komen ingin melihat Uqasha memakai tudung.

Walau bagaimanapun, isteri pelakon Kamal Adli turut menerima teguran itu secara terbuka dan tidak marah langsung dengan komen sebegitu.

Bahkan, dia memuji komen peminatnya itu dengan cara yang betul dan berhemah untuknya menerima dengan lapang dada.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang baik dan melahirkan rasa seronok sekiranya dia kembali menutup aurat seperti dahulu.

Selain itu, segelintir netizen turut memuji kecantikannya seperti penyanyi antarabangsa, Adele susulan foto yang dimuat naiknya itu.

https://www.instagram.com/p/CloWnOjSy3Z/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Terdahulu, Uqasha pernah memakai hijab pada tahun 2013 namun tidak berpanjangan sehingga tahun 2016 dia berhasrat untuk membuka tudungnya.

Sumber