COVID-19 telah menyerang dunia sejak hujung tahun lalu dengan Wuhan menjadi kawasan pertama yang mengesan wabak ini.

Walaupun COVID-19 di lihat seperti satu bala, namun bagi sesetengah orang ia adalah lubuk rezeki yang menjadikan mereka bertambah kaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan permintaan sarung tangan yang tinggi diperingkat global, pandemi COVID-19 telah melahirkan satu lagi billionair dari Malaysia.

Pengasas bersama Riverstone Holdings Ltd, Wong Teek Son kini dinilai sebanyak USD1.2 bilion (RM5 bilion) setelah permintaan untuk produk keluarannya naik meninggi sejak wabak ini menyerang dunia.

Bloomberg dalam satu laporannya mengatakan bahawa Wong telah berjaya menjadi billionair kelima di Malaysia dengan perniagaan berasaskan pembuatan sarung tangan.

Sebelum ini, Datuk Seri Stanley Thai Kim Sim dan Kossan Rubber Industries milik Supermax Corp Tan Sri Lim Kuang Sia berjaya menjadi jutawan disebabkan permintaan yang tinggi.

Pembuat sarung tangan di Malaysia kini dinilai sebagai syarikat paling berharga di negara ini selepas saham mereka melonjak lebih daripada 192% tahun ini.

Terdahulu, salah satu syarikat pembuat sarung tangan dari Malaysia telah ditahan daripada memasuki Amerika Syarikat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amerika Syarikat Tahan Sarung Tangan Getah Buatan Syarikat Malaysia Daripada Memasuki Negara

Akibat Kekurangan Bekalan, Amerika Syarikat Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia

Sumber