Walaupun kedua-dua jenama ini ditubuhkan pada tahun 1946 di Itali, kedua-duanya tidak pernah menghasilkan koleksi bersama sebelum ini. Tahun 2020, Dior dan Vespa akhirnya bersatu untuk menghasilkan koleksi edisi terhad yang sangat menawan ini.

Kolaborasi ini memilih model eksklusif Vespa, 946 yang akan dihasilkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Dior memilih tema warna putih dan kemasan emas untuk model ini. Tulisan Christian Dior dan monogram ikonik Dior menghiasi permukaan Vespa ini. Lebih menarik, luggage khas untuk motosikal ini turut dihasilkan oleh Dior sebagai aksesori tambahan untuk scooter ini.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Dior Vespa 3

Model mewah Vespa 946 diperkenalkan pada 2011. Sebelum ini, Emporio Armani pernah bekerjasama untuk model ini dan dijual pada harga RM68,500 ringgit di Malaysia (belum termasuk cukai jalan dan insurans).

Model ini dijangka mula dijual di seluruh dunia bermula pertengahan tahun hadapan. Apabila dilancarkan kelak, harga scooter ini berkemungkinan besar sekitar harga model Emporio Armani dan mungkin lebih mahal. Setiap aksesori lain seperti helmet dan beg dijual secara berasingan.

Ini pula kisah pasangan suami isteri yang menunggang Vespa merentasi negara IndoChina. Baca lagi di sini.

Pasangan Suami Isteri Ini Berkongsi Pengalaman Menunggang Vespa Merentasi IndoChina

Dior Perkenalkan Aksesori Bekas AirPods Dengan Harga RM1,649

Dior Homme Lancar Basikal BMX Edisi Khas Dengan Harga RM13,000

Anda Mungkin Suka