Jenama fesyen mewah Dior Homme akan melancarkan basikal BMX edisi khas dengan kerjasama Bogarde, jenama basikal Perancis. Basikal ini akan dilancarkan secara rasmi di festival Sole DXB Streetwear di Dubai yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Pereka fesyen untuk Dior Homme, Kris Van Assche memuat naik gambar basikal ini di laman Instagram beliau bulan lalu namun ketika itu tiada berita yang basikal ini akan dijual di pasaran. Ianya akan dipamerkan buat pertama kali di Sole DXB dan boleh dibeli berdasarkan pesanan di butik Dior terpilih seluruh dunia.

@DIORHOMME BMX / OUT SOON In collaboration with @bogardebikes Photo @patrickdemarchelier Styling @mauricionardi Hair @josephpujalte Make up @satoko_paris #bmx #diorhomme #krisvanassche #krisdior #kris_van_assche

A post shared by @kris_van_assche on

Basikal dengan warna chrome ini terpampang logo Dior pada bahagian handle basikal dan akan dijual pada harga USD3,200(RM13,000+-). Hanya 70 buah basikal ini akan dihasilkan. Sebagai perbandingan, basikal model biasa Bogarde dijual pada harga USD1,050 (RM4,300+-).

Dior dinobatkan sebagai jenama paling popular di Instagram baru-baru ini. Ianya satu idea yang bagus untuk melancarkan basikal ini di Dubai. Orang di sana tidak teragak-agak untuk berbelanja sesuatu barangan yang mereka suka. Kalau Rashid a.k.a Money Kicks nampak basikal ini, pasti beliau akan beli dan memborongnya untuk rakan-rakan beliau sekali.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤