Produk Apple seringkali menjadi sasaran jenama-jenama fesyen ternama untuk menghasilkan aksesori untuk dipadankan bersama khususnya buat pengguna yang mementingkan penggayaan.

Pada kali ini, Dior telah menghasilkan sebuah aksesori khas buat pengguna menyimpan AirPods dengan lebih bergaya melalui sentuhan monogram Oblique yang sangat bergaya. Gabungan warna biru, emas dan putih beserta penjenamaan Christian Dior sekaligus membuatkan aksesori ini tampak lebih premium.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

dior-luxury-oblique-airpod-case-01

dior-luxury-oblique-airpod-case-02

Didatangkan bersama tali yang premium, para pengguna berpeluang menyangkutnya pada bagasi khususnya di lapangan terbang. Aksesori terbaru daripada Christian Dior ini sedia untuk didapatkan dengan harga $400 (RM1,649).

Rekaan edisi terhad Air Jordan x Dior yang bakal dilancarkan April ini telah berjaya membuatkan para hypebeast tidak sabar untuk memilikinya.

Pandang Pertama Rekaan Edisi Terhad Air Jordan x Dior

Dior Homme Lancar Basikal BMX Edisi Khas Dengan Harga RM13,000

Anda Mungkin Suka