Sebut mengenai warga Rohingnya, pastinya ramai yang mempunyai pengalaman bertemu dengan golongan ini. Meskipun rakyat Malaysia diajar untuk berbudi bahasa dengan semua kaum, telatah dan tindakan segelintir golongan Rohingnya ini jelas membuat rakyat Malaysia tidak senang hati.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada Twitter @Thehulkey di mana beliau baru-baru ini telah ditegur oleh seorang remaja Rohingnya berusia sekitar 15 tahun di mana beliau telah dipaksa untuk memegang naskah Yasin bernilai RM20.

Isu menjadi lebih tegang apabila lelaki bernama Amir ini menolak tawaran membeli naskah Yasin kerana tidak berada dalam keadaan berwuduk sekaligus membuatkan beliau menjadi mangsa carutan remaja Rohingnya tersebut serta turut dilabel sebagai kafir.

Beliau yang masih mempunyai rasa hormat pada ketika itu memilih untuk memegang naskah Yasin tersebut dengan berlapik namun bukan untuk membeli sebaliknya memberi semula kepada seorang lagi warga Rohingnya yang difahamkan adik kepada remaja berkenaan.

Namun sekali lagi remaja Rohingnya itu mendesak dan memegang beg Amir membuatkan Amir memilih untuk memukul muka remaja berkenaan. Menurut kenyataan Amir, beliau berkelakuan sedemikian bukan untuk kerana baran namun kerana diancam.

Insiden yang berlaku telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Walau bagaimanapun, rata-rata netizen bersetuju sesetengah daripada golongan ini sangat melampau dan sering mendesak warga Malaysia untuk memberi mereka wang.

Berikut merupakan rakaman dan pengalaman netizen yang berdepan dengan isu melibatkan warga Rohignya di Malaysia ini.

Sementara itu, terdapat seorang netizen yang memaklumkan menyentuh tulisan Surah Yasin mewajibkan seseorang untuk berwuduk kerana dikira sebagai mushaf.

Sekiranya terdapat terjemahan atau tafsir sekali yang lebih banyak daripada tulisan Surah Yasin membolehkan pengguna menyentuhnya tanpa wuduk. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk mengambil wuduk sebelum memegangnya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen mengharapkan pihak kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah dalam memastikan aktiviti melibatkan golongan ini tidak menular yang sekaligus menjadi ancaman kepada rakyat Malaysia sendiri.