Setelah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik post di Instagramnya mengenai perjuangan Tan Sri Tony Fernandes dalam membantu rakyat sebagai unsung hero, kini Tan Sri Tony Fernandes sendiri tampil dengan memuat naik video penjelasan mengenai tindakan beliau.

Dear Malaysians, this is the awaited reply from me. This video explains why I made one of the toughest decisions ever for me. I’d also like to thank everyone who has continued to support me which meant so so much to me. AirAsia will continue to do its best to make millions of dreams come true. Love, Tony

Posted by Tony Fernandes on Sunday, 13 May 2018

Beliau menerangkan mengenai keadaan beliau yang bagaikan ‘tersepit’ diantara melindungi syarikatnya dan patuh pada kehendak pihak yang berkait rapat dengan kepentingan syarikatnya. Beliau menceritakan apa yang terjadi ketika musim PRU14 yang lepas dan tindakan yang diambilnya termasuk isu gesaan untuk melucutkan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz dari barisan lembaga Bukan Eksekutif AirAsia X.

Tekanan tidak terhenti disitu apabila penambahan penerbangan hampir terbantut dan tidak terlaksana akibat tentangan oleh pihak Malaysian Aviation Commission, Mavcom. Mavcom meminta untuk AirAsia membatalkan kesemua perjalanan untuk promosi tambang murah tersebut.

Video beliau diakhiri dengan meluahkan keyakinan pada pemerintahan era baharu kerajaan Malaysia. Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada AirAsia dan berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada negara.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤