India sedang berada di tengah-tengah gelanggang peperangan melawan COVID-19. Setakat hari ini, lebih 90,000 telah dilaporkan dijangkiti di sana. Namun, di dalam ketegangan menentang musuh yang tidak nampak, India diserang pula dengan masalah perkauman yang makin menebal.

Terbaharu, seorang gadis berumur 20 tahun dibelasah teruk oleh penduduk di Gurugram, India. Sebelum dipukul, dia juga sempat menerima kecaman penduduk dengan ada sesetengah daripada mereka memanggilnya sebagai ‘Corona’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gadis yang diserang itu namanya adalah Chong Hoi Misao. Misao berasal dari negeri Manipur, India. Dia dipukul oleh penduduk tempatan hanya kerana dia melalui kawasan tersebut. Misao juga telah diejek dengan nama Corona sebelum dipukul dengan sebatang kayu.

Laporan berita mengenai kejadian dan gambar kesan lebam di sekitar tubuh badan Misao juga turut tular di media sosial telah menimbulkan kemarahan netizen.

Menurut laporan lain, Misao diserang dengan kejam oleh beberapa orang dari Faizapur, Gurugram di Haryana disebabkan dia melalui kawasan tersebut. Dia berada di sana untuk bertemu dengan rakannya dan menghabiskan waktu tengahari dengan acara makan.

“Ketika dia mahu pulang, dia dihentikan oleh seorang wanita tua, yang secara kasar menghalangnya dari menggunakan jalan itu dan dia turut menyatakan bahawa jalan itu adalah milik peribadi. Dia mengganggunya dengan nada perkauman,” kata Joel kawan kepada Misao.

Selepas itu, semua anggota keluarga wanita tua itu termasuk menantu dan anaknya datang dan mula memukul Misao dengan tongkat. Kepala Misao bahkan dipukul dan diketuk dengan kuat. Dia kemudian diselamatkan oleh beberapa penduduk tempatan yang memanggil polis.

Namun, ketika polis sampai. Misao lebih kecewa apabila hanya diminta untuk berbaik semula dengan wanita tua itu. Dia lebih kecewa apabila pihak polis tidak memandang kes itu sebagai sesuatu yang serius.

Tertekan dengan tindakan itu, dia terus melaporkan kejadian yang menimpa dirinya kepada Pusat Bantuan & Sokongan Timur Laut (NESCH). Anggota NESCH sampai di lokasi serangan untuk menyiasat kejadian sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan

Kejadian ini berlaku selepas dua hari kerajaan pusat berjanji pada Mahkamah Agung India bahawa mereka akan mengambil tindakan ke atas insiden serangan ke atas orang-orang di bahagian timur India pada 8 Mei lalu.

India mempunyai masalah perkauman yang sangat menebal. Akhir tahun lalu dilaporkan bahawa kaum muslim di sana telah diserang oleh penganut hindu selepas bertempuran berlaku di tengah-tengah ketidakpuasan hati terhadap undang-undang kewarganegaraan yang menindas kaum muslim.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di India, klik pautan di bawah.

Kerajaan India Arah Hospital Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

Rakyat India Berbaris Panjang Beli Arak, Mahu ‘Raikan’ Kelonggaran Perintah Lockdown

Sumber