Ketika ini, pawagam sudah dibenarkan beroperasi dan ramai sudah mula ke pawagam terdekat untuk menonton filem-filem baharu. Akan tetapi, tular beberapa keping gambar di pawagam yang menjadi buah mulut netizen.

Mana tidaknya, beberapa keping gambar yang menunjukkan anggota keselamatan berada di pawagam untuk mengawal dan memastikan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dijalankan telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/shahfahzan/status/1368550049228099590

Perkongsian gambar oleh pengguna Twitter @shahfahzan berjaya menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan ada yang mengatakan berasa cuak dijaga oleh anggota keselamatan.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat komen netizen yang cukup menggelikan hati dan ‘overthinking’ disebabkan anggota keselamatan yang mengawal di sekitar pawagam.

https://twitter.com/mincessss/status/1368759759919214598

Apa pendapat anda selepas melihat anggota keselamatan berjaga di pawagam? Sudahkah anda menonton wayang selepas pawagam dibuka semula?

Sementara itu, kami kongsikan senarai filem di pawagam ketika ini pada pautan di bawah ini.

Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021

5 Filem Korea Diinspirasikan Daripada Kisah Benar Yang Perlu Anda Tonton