Semalam tular satu rakaman video di mana seorang wanita berhadapan dengan pemandu Perodua Kelisa yang menghalang lalu lintas dan mengucapkan perkataan berbaur gangguan seksual.

Pada petang semalam juga Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai mabuk ketika insiden itu berlaku telah ditahan untuk siasatan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berkata, susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

“Dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

“Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan viral video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.