Bila sudah berada di puncak, sudah pasti ada saja cubaan yang datang untuk menguji kekuatan dan kematangan sebenar seseorang.

Buat penyanyi Naim Daniel yang baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu dua hari lepas, dia pula diuji dengan komen berbentuk cacian yang diberikan artis kontroversi Azwan Ali di laman Twitter.

Group-shot
HYPE
Masih Mencari Hadiah Istimewa Untuk Si Dia? HUAWEI nova 7i Sememangnya Patut Menjadi Pilihan
Baca lagi →

Melalui ciapan yang dibuat di akaun @DivaAATersohor itu, Azwan berkata dia tidak mengenali siapa Naim Daniel yang baru sahaja memenangi antara pengiktirafan berprestij muzik negara itu.

azwanali

Twitter @DivaAATersohor

Bagaimanapun, Naim yang sesuai dengan statusnya bergelar sebagai salah seorang pemenang AJL dan kini boleh berada sebaris dengan artis-artis ternama seperti M Nasir, Search, Ramlah Ram dan ramai lagi tidak mudah melatah dengan komen tersebut.

Sebaliknya dia mengulang kicau kembali Tweet tersebut dengan memberikan salam sebagai tanda hormat dan membuat kenyatan yang mungkin mengejutkan ramai orang.

Sekurang-kurangnya jika anda tidak mengikuti Naim di Instagramnya sebelum ini, mungkin anda tidak tahu bahawa dia adalah salah seorang yang menyokong keputusan Azwan Ali bertanding di Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

Dalam kiriman asalnya di Instagram sebelum ini, Naim bertindak mengambil pendirian berbeza dalam isu tersebut apabila memuji semangat dan disiplin yang ditunjukkan Azwan ketika itu.

“Saya rasa setiap ahli politik di negara ini perlu memberi perhatian kepada semangat yang ditunjukkan lelaki ini (Azwan).

“Walau tak menang, Diva AA, hands down (hormat) for you,” tulisnya di Instagram.

Walaupun mendapat layanan berbeza dari Azwan selepas memenangi AJL, Naim dilihat tenang dalam isu tersebut dan masih menghormati Azwan sebagai orang lama dalam industri hiburan tanah air.

Malah di akhir ciapannya, dia sempat berdoa buat Azwan agar ‘dipeluk cinta Allah sentiasa, Amin’ dan respon balasnya itu juga turut mendapat pujian daripada netizen-netizen di Twitter.

Bagi anda yang masih belum mengetahui keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 34 baru-baru ini, klik pautan di bawah untuk membaca. 

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Dipuji Netizen, Inilah ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Solekan Seram Aepul Drama Band Di Pentas AJL 34

Netizen Luah Kekecewaan ‘Comeback’ Dato’ Siti Di AJL Terpalit Kesilapan Teknikal

Anda Mungkin Suka