Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Semalam kecoh di media sosial apabila penyampai radio tempatan telah memuat naik sebuah video memperlekehkan cikgu Sains yang kelihatan kurang fasih mengajar dalam bahasa Inggeris dalam TV.

Video tersebut mendapat kecaman netizen dan penyampai radio itu turut memohon maaf dalam satu kenyataan. Bukan itu sahaja, penyampai radio itu turut digantung tugas sementara akibat tindakannya itu.

Lantaran itu, dalam satu perkongsian di Facebook, cikgu yang dikenali sebagai Rafidah Rahmat ini mengakuiĀ kelemahan diri dan berjanji akan memperbaiki kemahiran bahasanya demi mendidik anak bangsa.

Perkongsian cikgu Rafidah Rahmat itu telah mencuri perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial memberi kata-kata positif dan semangat buat dirinya untuk terus mendidik anak bangsa.

Screenshot 2021-02-20 at 9.09.40 AM

Screenshot 2021-02-20 at 9.10.05 AM

Malah, ramai tidak bersetuju dengan tindakan penyampai radio tersebut yang sedikit sebanyak melukakan hati cikgu ini dan berharap cikgu Rafidah tidak patah semangat mengajar.Ā Apakah pendapat anda akan hal ini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan isu ini buat anda yang terlepas pada pautan di bawah.

Gara-Gara Tular Video Ketawakan Guru, Penyampai Radio Ini Digantung Tugas Sementara

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular