Usahawan kosmetik terkenal Aliff Syukri sering saja berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia tidak kira apa jua yang dilakukannya terutama di ruangan media sosial.

Terkini, hantaran yang dibuatnya di Instagram @aliffsyukriterlajaklaris mengenai pembayaran zakat beberapa hari lalu turut menjadi bualan hangat netizen.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Selepas membuat hantaran yang memaklumkan beliau telah membuat pembayaran zakat, ada beberapa orang netizen dilihat meninggalkan komen negatif mengenai perkara itu.

Walaupun ia dilihat sebagai perkongsian yang menceritakan bagaimana perniagaan beliau masih mampu bertahan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini, namun ia masih dilihat seperti disalah tafsir oleh segelintir masyarakat.

photo_2020-04-15_10-58-37

photo_2020-04-15_10-58-40 photo_2020-04-15_10-58-43

Pendedahan amil zakat

Walaupun ada yang menganggap hantaran yang dibuatnya sekadar untuk menunjuk-nunjuk, seorang amil zakat tampil menceritakan kisah sebenar Aliff Syukri dan kisah bayaran zakatnya di Twitter.

Menurut Faisal Rahim, Aliff Syukri memang diketahui sebagai seorang usahawan yang tidak pernah terlepas membayar zakat setiap bulan sebelum ini.

“Satu perkara yang aku puji Aliff Syukri ini, beliau konsisten bayar zakat dari perniagaan beliau kecil sampai tahap sekarang.

“Malah dari usia beliau belasan tahun sudah bayar zakat perniagaan. Itu sisi lain yang ramai orang tidak nampak. Mungkin ia satu sebab maju bisnesnya,” kongsi amil tersebut.

Menjelaskan mengenai tindakan Aliff yang dilihat menunjuk bayaran zakat yang telah dibuat, beliau berkata zakat memang tersenarai sebagai ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan.

Perkara ini menurutnya akan menggalakkan orang lain untuk mencontohi dan menimbulkan keinginan membayar zakat.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang membicarakan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai perbezaan antara zakat dan sedekah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Perbezaan Zakat Dan Sedekah Yang Sering Menjadi Kekeliruan Masyarakat

Bantuan Zakat Sering Dikontroversikan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Anda Mungkin Suka