Baru baru ini tular di media sosial apabila kenyataan seorang runner yang mengatakan bahawa beliau hanya dibayar RM 4.10 sahaja iaitu baki daripada RM200 bayaran harga barang runcit yang dibeli oleh runner tersebut.

Tugasan runner seperti personal shopper bukan satu tugasan yang mudah terutama dalam waktu PKP seperti sekarang dengan adanya sekatan jalan raya serta bahaya terdedah kepada ancaman virus COVID-19. Risiko tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun runner tersebut cuba untuk bertenang dan menerima kenyataan tetapi bagi saya tindakan Datin itu sangat sangat tidak rasional. Ramai yang cakap, minyak dah murah sekarang kenapa perlu caj runner banyak banyak.

Kita semua kena faham, kos untuk runner bukan sahaja untuk petrol, kos buruh runner, wear and tear seperti tayar motor, servis moto dan banyak lagi. Itu semua kos yang perlu ditanggung.

story-2020-01-16-5e1fe09476357
Sumber: GetRunner

Saya pun dulu pernah menjadi seorang runner, dan sekarang mengetuai operasi GetRunner, iaitu sebuah platform yang menyediakan servis runner di Terengganu, Kelantan dan Kedah, tindakan Datin tersebut bagi saya agak keterlaluan dan membuatkan ramai geng geng runner marah serta tidak puas hati.

Ada orang yang berusaha melalukan sesuatu untuk tidak jatuh miskin tetapi harus kita ingat juga ada orang yang berusaha melalukan sesuatu untuk terus hidup dan menyara keluarga dirumah.

Semenjak negara kita dilanda COVID-19 dan PKP dilaksanakan, permintaan untuk servis runner meningkat secara mendadak, disamping semakin ramai yang memilih untuk menjadi seorang runner bagi menampung perbelanjaan hidup diwaktu PKP.

Perkhidmatan pergi mengambil dan menghantar barang atau lebih dikenali sebagai runner adalah sebenarnya singkatan bagi perkataan run errand atau melakukakan tugasan, cuma di negara kita runner lebih sinonim dengan delivery boy atau mat despatch.

Perkhidmatan runner telah lama berkembang di luar negara seperti Deliveryroo di Aussie, Meituan Dianping di China dan Dunzo di India. Kebelakangan ini perkhidmatan runner juga telah berkembang dan menjadi satu budaya, terutama di bandar besar dengan wujudnya servis seperti FoodPanda, GrabFood, BungkusIt, GetRunner dan MatDespatch.

Terdapat juga runner persendirian atau personal runner yang menjalankan tugadan runner tanpa terikat pada mana mana platform mahupun platform.

93660234_565544750833898_9154707995261665280_n
Sumber: Facebook GetRunner

Perintah kawalan pergerakan, sekatan jalan raya dan kebimbangan terhadap jangkitan terhadap virus COVID-19 mungkin juga ketidakupayaan untuk melakukan sesuatu tugasan seperti membeli barang keperluan dapur menyebabkan khidmat runner semakin diperlukan ketika ini.

Umumnya, khidmat runner digunakan oleh individu yang kesibukan masa atau mempunyai tugas lain yang perlu diselesaikan mahupun bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Sebagai contoh, GetRunner selalu mendapat tugasan daripada penjawat awam seperti cikgu untuk membelikan makanan tengahari kepada ibu atau ayah yang uzur dirumah dan sekarang di sebabkan oleh PKP GetRunner banyak mendapat tugasan anak anak diperantaun yang memerlukan servis membeli keperluan harian bagi kegunaan keluarga di kampung halaman.

Melihat senyuman diwajah ibu dan ayah dikampung setelah menerima kiriman barang daripada anak masing masing, membuatkan runner sekalian sangat gembira kerana dapat memberi bantuan disaat ada yang memerlukan.

Antara tugasan lain yang dilakukan runner ialah mengambil dan menghantar parcel di pejabat pos, memperbaharui cukai jalan kenderaan, membeli barang barang dapur di pasaraya, membeli makanan dan sebagainya.

Mereka akan mengambil dan menghantar barang yang mampu dibawa dengan motosikal kerana kebanyakan runner menggunakan pengangkutan motosikal. Ada juga runner yang menggunakan kereta bagi melakukan tugasan seperti membeli keperluan dapur dan menghantar suprise delivery seperti kek dan belon kepada pelanggan.

Apa yang menarik mengenai servis runner adalah kebanyakan runner akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan pelanggan, sehingga ada yang sanggup mendahului sendiri duit mereka dahulu untuk membeli barang disebabkan pelanggan yang tiada online banking.

Saya sebenarnya sangat respect kepada runner dan rider seperti FoodPanda yang sanggup berhujan panas, meredah jalan raya dan mempetaruhkan nyawa masing masing disaat negara dilanda COVID-19 semata semata untuk menghantar kenyang kepada anda yang lapar, menyenangkan tugasan bagi anda yang sukar.

Kembali kepada isu bayaran runner, ada juga saya baca di Facebook ada pelanggan yang tidak berpuas hati kerana dikenakan yang bagi meraka “mahal” oleh runner. Kita kena faham runner itu sendiri ada pelbagai jenis. Ada beza antara runner on demand, runner kumpul order, runner yang mark up harga dan runner seikhlas hati. Caj tidak sama.

bungkusit-cover-image-1234
Sumber: Vulcan Post

Setiap runner ada cara melaksanakan tugasan yang tersendiri. Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan istilah runner seikhlas hati kerana everything got it price. Jadi kepada para runner, hargailah penat lelah anda dengan nilai bayaran yang setimpal.

Jadi apakah pendapat anda? Adakah anda merasakan kerja runner itu mudah dan hanya perlu dibayar dengan upah yang murah? Kalau dulu ada yang mengatakan runner ini tugasa yang tidak bermaruah kini saya rasa para runner dan rider boleh diletakkan hampir sebaris dengan doktor, jururawat, polis dan askar kerana berkhidmat kepada kita semua diwaktu saat seperti sekarang.

Tidak salah kalau saya gelarkan runner dan rider seperti FoodPanda, GrabFood, Bungkusit, MatDespatch, GoEat, DeliveryEat dan banyak lagi sebagai frontliner yang tidak didendang.

Dalam usaha untuk menghargai serta menyelami tugas para runner, CEO syarikat penerbangan ini sanggup turun padang untuk turut menjadi runner menghantar makanan kepada para pelanggan.

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

Pelajar Cemerlang UNISZA Ini Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1 Juta