Baru-baru ini tular perkongsian di media sosial mengenai sekumpulan pemuda dari pantai timur tanah air yang mengenakan baju musim sejuk ketika sesi bergambar bersama motosikal klasik mereka.

Walaupun ramai yang melihat ianya sebagai sesuatu yang menarik tidak kurang juga ada yang mengambil pendekatan untuk tidak bersetuju dengan perkara itu dan mengecam tindakan mereka bergambar seperti berada di luar negara itu.

Gambar-gambar itu menurut portal Sinar Harian diambil individu yang menyertai konvoi Vespa yang memilih tema Mods pada 28 Jun lalu yang dianjurkan Art of Speed Malaysia.

Individu yang tular tersebut, Muhamad Hafizul atau dikenali sebagai Pijo berkata pemilihan gaya itu bagaimanapun bukan semata-mata memenuhi tema tetapi bagi menonjolkan keistimewaan gaya si pemakai.

Minat masing-masing

Walaupun niatnya hanyalah untuk memperagakan gaya fesyen, namun ada juga sesetengah netizen yang mengecam dan mempersendakan gaya mereka di media-media sosial.

Susulan daripada pandangan negatif netizen terhadap lelaki tersebut dan kumpulannya, seorang pengguna Facebook pada semalam tampil mendedahkan sesuatu yang mungkin ramai tidak tahu mengenai lelaki yang dikecam mereka sebelum ini.

Menurut perkongsian yang dibuat Izzudin Jes di Facebook, salah seorang lelaki tersebut menurutnya merupakan rakan beliau sewaktu menyambung pelajaran di Kelantan suatu ketika dahulu.

“Mungkin bagi mereka ada yang kelakar sebab berpakaian gaya vintage macam ni, mungkin minat mereka.

“Tapi kamu tahu tak , salah seorang dalam gambar itu al-hafiz. 30 juzuk dalam kepala, dulu hari-hari aku dengar dia mengaji sebelum subuh memang syahdu, bacaan dia mantap, kita nak baca Al-Quran pun susah.

Bukan saja istimewa kerana boleh mengaji dengan baik malah menurutnya rakannya itu juga kini sudah memulakan inisiatif mengajar anak-anak muda mengaji.

“Sekarang dengar dengar dia dah mula mengajar ramai anak anak muda mengaji. Itu saja nak cerita, banyak kebaikan dia cukup yang tahu sahaja tahu.

“Mungkin masing-masing ada minat masing-masing tapi lu memang ustaz rock. Terus kan hobi lu bro,” tulisnya di Facebook.

Tahukah anda apakah kesannya jika anda tidak membasuh seluar jeans yang telah dipakai selama lebih setahun? Baca perkongsian di pautan di bawah untuk mengetahui mengenainya. 

Apakah Kesan Jika Anda Memakai Seluar Jeans Yang Tidak Pernah Dibasuh Selama 15 Bulan?

Dior Dan Vespa Jalin Kerjasama Hasilkan Model 946 Edisi Terhad

Pengumpul Levi’s Vintaj Dari Malaysia Sanggup Labur RM300,000 Untuk 3 Helai Jeans Ini