Siapa sangka niat penyanyi meningkat naik Daiyan Trisha yang cuba untuk berinteraksi dengan peminatnya di Twitter baru-baru ini mencetuskan sedikit salah faham apabila dia dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

Dalam hantaran yang dibuat Daiyan pada hujung minggu lalu, penyanyi itu membekalkan sekeping gambar dirinya bersama pintu dan meminta agar peminatnya menyunting gambar tersebut menjadi seperti poster filem Korea, Parasite dan memasukkan tajuk lagu baru terbarunya bersama poster tersebut.

“Bolehkah anda semua menukar (gambar) ini menjadi seperti ala-ala poster Parasite tetapi dengan (meletakkan) On My Way sebagai tajuknya?” tulis Daiyan di Twitter.

Namun niatnya untuk cuba berinteraksi bersama peminatnya itu bagaimanapun seperti disalah anggap oleh sesetengah netizen yang mempersendakan tindakannya itu.

Dengan ada yang beranggapan dia cuba mengambil jalan mudah dengan meminta peminat membuat poster tersebut, ada netizen yang menggesa agar beliau mengupah designer beliau sendiri bagi tujuan tersebut.

Tidak cukup dengan gesaan itu, ada juga sesetengah daripada mereka yang dilihat mengambil perkara itu dengan lebih serius dan cuba membuat poster tersebut tetapi seperti mempersendakan penyanyi tersebut.

Sudah ada designer

Menyedari inisiatifnya untuk berinteraksi bersama peminatnya itu mula disalah anggap sesetengah pihak, Daiyan akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Melalui satu hantaran di akaun Twitternya, Daiyan menjelaskan dia sebenarnya sudah mengupah designer nya sendiri bagi tujuan tersebut dan turut berkongsikan poster asal untuk lagu On My Way itu.

“Saya mempunyai design (poster), ini adalah hasil kerja yang telah dibayar, untuk lagu saya.

“Saya sentiasa membayar pekerja kreatif (creatives), ini adalah tuduhan yang sangat menyakitkan.

“Saya hanya ingin berinteraksi bersama pengikut saya. Tolong la, melebih-lebih juga anda sebenarnya kadang-kadang,” jelas Daiyan.

Walaupun ada yang sesetengah pihak yang dilihat kurang bersetuju dengan cara Daiyan berinteraksi bersama peminatnya, namun tidak kurang juga yang menyambut permintaan Daiyan itu dengan hasil kerja yang dihasilkan mereka daripada gambar yang disediakan beliau.

Melalui reply yang ditinggalkan di ruangan komen, netizen dapat melihat beberapa hasil kerja kreatif yang telah dihasilkan peminat untuk poster On My Way itu.

https://twitter.com/wvnmkhviri/status/1279667692488675330

Penghasilan kerja-kerja kreatif seperti lukisan dan gambar sebelum ini sentiasa menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Baca kisah wanita ini yang mendakwa hasil kerjanya ditiru salah sebuah syarikat tempatan di pautan di bawah.

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?