Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut saja nama Norlia Ghani pasti ramai antara kita yang akan mengingati kembali lakonan hebatnya sebelum ini di kaca TV dan juga di layar-layar perak.

Namun, baru-baru ini namanya menjadi sebutan di Twitter bukan kerana lakonannya tetapi selepas beliau dibandingkan netizen dengan model dan pelakon Kavitha Sidhu.

Dalam satu ciapan yang kini telah pun dipadamkan, individu berkenaan difahamkan menyindir tahap kejelitaan individu-individu di luar sana dan membandingkan mereka dengan menggunakan contoh Kavita Sidhu dan juga Norlia Ghani.

Ianya difahamkan mempersenda mereka yang berusia 30 tahun tetapi tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti Kavita dan sudah kelihatan seperti Norlia Ghani di usia mereka.

Ciapan berkenaan yang pada asalnya mungkin mahu mempersenda individu-individu yang tidak kelihatan sejelita Kavita itu kemudiannya menerima reaksi negatif daripada netizen dan ia turut sampai kepada pengetahuan pelakon veteran tersebut.

Norlia Ghani seperti dilaporkan Berita Harian memberitahu dia dimaklumkan mengenai namanya yang trending di Twitter oleh salah seorang cucunya baru-baru ini dan mengakui terkejut dengan perkembangan tersebut.

“Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19

“Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau pada masa sama juga memberitahu tidak menyangka menjadi tular di media sosial hanya disebabkan perkara berkenaan.

Ini kerana menurutnya, selama ini hanya artis muda dan popular yang menjadi perhatian netizen di platform-platform media sosial tempatan.

Baca juga perkembangan semasa hiburan yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Hampir Setahun Menanti, Penulis Teater Desak Ogy Ahmad Daud Langsaikan Hutang

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Rizman Ruzaini Jelaskan Baju Digayakan Natasha Hudson Bukan Direka Untuk Wanita Berhijab

Anda Mungkin Suka