Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular baru-baru ini apabila TM dilihat mempromosikan Pakej Broadband Lite 1Mbps yang disertakan dengan had kuota serendah 1GB. Penawaran pakej serendah RM38 sebulan ini nampaknya telah membuatkan para netizen berang dengan pakej yang diiklankan.

Bagi menjawab persoalan netizen, pihak Telekom Malaysia (TM) memaklumkan pakej ini sudah mulai diperkenalkan sejak tahun 2015 dan bukannya sesuatu yang baharu.

BROADBAND LITE 1MBPS

Sumber: BROADBAND LITE 1MBPS

Difahamkan pakej yang ditawarkan buat pengguna sejak 2015 ini mensasarkan buat pengguna yang jarang menggunakan internet atau dalam erti kata lain pengguna ringan. Walau bagaimanapun, melihat kepada kawasan yang ditawarkan dengan sokongan fiber atau pakej unifi, pelan ini akan ditamatkan secara berperingkat.

Menerusi penjelasan yang dibuat, rata-rata netizen masih belum berpuas hati dan mempersoal mengapa pakej ini masih lagi diteruskan melihat kepada penawarannya yang tidak releven. Berikut antara respon netizen mengenai isu ini.

broadband lite 1mbps

Sumber: facebook amanz network

Screen Shot 2021-06-21 at 8.49.45 AM

Sumber: facebook amanz network

Screen Shot 2021-06-21 at 8.48.02 AM

Sumber: facebook amanz network

Pihak TM turut memaklumkan pihak mereka memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Selain itu, TM dikatakan sedang dalam proses menyemak kembali penawaran dalam memenuhi permintaan pelanggan serta pasaran.

Pada masa yang sama, TM dan unifi turut mengatakan meraka dalam proses menyemak kembali penawaran untuk memenuhi permintaan pelanggan serta pasaran, dan akan mengemaskininya.

Ketahui lebih lanjut mengenai keluhan netizen mengenai pakej Broadband Lite 1Mbps yang ditawarkan pihak TM. Turut dikongsikan, kisah seorang pelanggan yang disekolahkan penjual Shopee selepas berang barang yang ditempah gagal diterima pada hari yang sama.

‘TM Hisap Gam Cap Apa?’ – Netizen Persoal Plan Internet TM Broadband Lite Dengan Kelajuan 1Mbps

Gagal Terima Tempahan Hari Yang Sama, Pelanggan Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Shopee

Anda Mungkin Suka