Siapa sahaja tidak kenal dengan susuk Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang bertanggungjawab mengendalikan krisis COVID-19 ketika ini di negara kita.

Boleh dikatakan hampir setiap hari sejak bermulanya pandemik ini di Malaysia beliau adalah antara individu yang menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa krisis itu di negara kita. Wajah dan ucapan serta nasihat beliau boleh dikatakan terpampang di mana-mana platform media hampir setiap hari.

Malah, adil untuk mengatakan beliau sangat profesional dan cemerlang dalam mengemudi krisis ini di negara kita dan meletakkan Malaysia dalam keadaan yang lebih selamat ketika ini berbanding negara-negara luar.

Jadi tidak hairanlah jika kewibawaannya turut diakui oleh pihak luar seperti yang berlaku pada semalam apabila beliau dipilih sebagai salah seorang doktor terbaik dunia yang mengendalikan krisis itu.

Pengiktirafan itu diberikan kepada beliau bersama dua lagi inidividu, Dr Anthony Fauci  dari Amerika Syarikat dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield oleh China Global TV Network (CGTN).

Pengiktirafan yang diberikan oleh media dari negara terawal yang berhadapan dengan pandemik itu sudah semestinya tidak dipandang remeh oleh netizen-netizen di Malaysia.

Malah sehingga artikel ini ditulis, nama Dr Noor Hisham kini merupakan salah satu topik trending di laman Twitter sejak beberapa jam yang lalu dengan jumlah ciapan melangkaui angka 20,000.

dr

Rata-rata netizen yang memberi reaksi mengenai pengiktirafan itu dilihat tidak putus-putus mengucapkan tahniah serta berbangga dengan pencapaian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu.

Antara yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di media sosial adalah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan melalui ciapannya di Twitter.

https://twitter.com/atiqahmdn/status/1250465699778068482?s=20

Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan pihak dari luar ini akan menguatkan lagi keyakinan dan semangat individu-individu bertanggungjawab mengendalikan penularan wabak COVID-19 di negara kita dalam menjalankan tugas mereka.

Jika melihat kepada perkembangan semasa, tidak mustahil negara kita akan mampu untuk menewaskan musuh yang tidak dapat dilihat ini terutama dengan kewibawaan dan dedikasi yang ditunjukkan barisan frontliner negara kita yang diketuai Dr Noor Hisham sendiri.

Tahukah anda, angka kesembuhan daripada jangkitan COVID-19 di Malaysia sudah pun melebihi 2,000 kes sejak beberapa hari lalu. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Malaysia Cecah 2,000 Kesembuhan Di Saat Dunia Menghampiri Kes Positif Ke-2 Juta

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

 

 

Sumber