Sejak pagi tadi tidak berhenti dilaporkan oleh media-media arus perdana dan juga portal-portal berita tentang Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain daripada penjelasan lanjut mengenai pengisytiharan darurat berkenaan yang akan diumumkan oleh perdana menteri dalam sidang media (jam 11 nanti), antara perkataaan yang menjadi perhatian adalah proklamasi.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Tidak mahu netizen dan masyarakat terus tertanya-tanya akan maksud sebenar, Dewan Bahasa dan Pustaka tampil memilih perkataan tersebut sebagai perkataan hari ini dan berkongsikan maksud proklamasi.

Menurut satu ciapan yang dibuat di akaun Twitter mereka, proklamasi adalah pengumuman atau pengisytiharan rasmi kepada seluruh rakyat.

Jadi kepada anda yang tertanya-tanya apakah maksud Pengisytiharan Proklamasi Darurat sejak pagi tadi, mungkin jawapan dari DBP ini boleh dijadikan penerangan.

Secara mudahnya, ia adalah pengisytiharan secara rasmi kepada orang ramai mengenai perintah darurat yang dijadualkan berlangsung sehingga 1 Ogos nanti bagi membendung penularan COVID-19 dalam negara.

Tempoh pelaksanaan darurat ini bagaimanapun difahamkan boleh ditamatkan sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Baca lebih lanjut mengenai pengisytiharan darurat yang bakal dilaksanakan nanti melalui perkongsian kami sebelum ini melalui pautan di bawah.

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Dr Noor Hisham Sahkan Pengembara Bawa Pulang COVID-19 Varian UK Ke Malaysia

Anda Mungkin Suka