Sekiranya anda mengikuti perkembangan antara Hamas dan Zionis di Palestin, pastinya anda cukup tahu di mana Malaysia antara yang memberi sokongan penuh dan solidariti terhadap Palestin.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga disahkan turut menghulurkan bantuan secara tidak langsung dengan menggodam pengkalan data Israel melalui bantuan hacker dari Malaysia. Bukan itu sahaja, ‘tentera bawang’ atau netizen yang tidak henti menyerang laman Israel sekaligus turut memberi kesan kepada puak Zionis.

E1Z89FCVoAAVNTz
Antara laman Facebook yang diserang netizen Malaysia. Sumber: Facebook Israel Defense Forces

Terbaharu, selepas pelbagai laman di Facebook dan Twitter diserang secara konsisten oleh para netizen, laman Urban Dictionary sudah mulai menyertakan perkataan ‘koyak‘ dalam laman mereka beserta maksud serta cara penggunaan perkataan tersebut.

Screen Shot 2021-05-15 at 7.11.00 PM
Sumber: urban dictionary

Untuk pengetahuan, Urban Dictionary merupakan sebuah laman dalam menyertakan perkataan-perkataan yang trending dan kerap digunakan netizen masa kini. Perkataan-perkataan ini boleh dimuat naik oleh para pengguna lain.

Agak mengejutkan melibatkan perkataan yang berasal daripada Bahasa Malaysia berjaya tersenarai dalam laman berkenaan. Walau bagaimanapun, melihatkan kepada ‘serangan’ yang dibuat netizen Malaysia segalanya tidak mustahil.

Ketahui lebih lanjut mengenai operasi #OpsBedil yang dijalankan oleh kumpulan hacker dari Malaysia yang berjaya menggodam pengkalan data Israel.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Tular Isu Boikot, Lelaki Ini Jelaskan Dakwaan Starbucks Dan McDonald’s Di Malaysia Menyokong Zionis