Menjadi penghuni penjara sememangnya satu pengalaman yang menggerunkan kerana penempatan di penjara tidaklah selesa seperti tidur di hotel.

Ruang sel tahanan kebiasaanya berada dalam keadaan suram dan menakutkan. Namun, tidak semua penjara nampak ‘ganas’ kerana di Sweden, penjaranya sangat berbeza dan tidak ubah seperti sebuah penginapan percutian.

Ruang sel penjara persis rumah studio di San Francisco

Baru-baru ini tular di Twitter di mana ada seorang pengguna memuat naik beberapa posting gambar sel tahanan di dalam sebuah penjara Sweden yang dikatakan serba mewah. Tweet yang disiarkan pada 13 Disember 2020 tersebut tular dengan jumlah likes 157,900 dan retweet 22,000 kali.

“Sel di penjara Nordic ini persis rumah apartment di San Francisco yang bernilai USD3,000 (+-RM12,155),” ujar Darrel Owens menerusi laman Twitter beliau.

Sungguh selesa dan dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih. Jika anda perhatikan pada lampiran gambar tersebut, kesemua dekorasi ruang penjara dihiasi dengan perabot dan perhiasan yang simple dan minimalis. Menariknya, satu ruang sel hanya menempatkan dua banduan yang pastinya membuatkan mereka berasa bertambah selesa untuk tinggal di situ.

Paling penting, ruang sel penjaranya yang dibina tidak berada dalam mood suram dan ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti lampu tidur, tingkap terbuka, kerusi, meja dan katil yang semestinya serba canggih dan mewah. Di samping itu, terdapat juga kamar mandi yang gah dengan binaan mozaiknya serta ruang makan banduan ala ‘kafe hipster’.

Mengapa penjara di Negara Nordic sangat berbeza berbanding negara lain?

Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2010, secara puratanya menunjukkan populasi banduan di kesatuan negara-negara Nordic adalah sedikit dengan jumlah 608 (England), 458 (New Zealand), 324 (New South Wales), 92 (Finland), 87 (Sweden) dan 73 (Norway) memetik laporan The Conversation .

Menerusi tweet Darrel Owens, beliau juga membahaskan bahawa sistem penjara di negara-negara Nordic lebih mengutamakan pemulihan akhlak banduan berbanding menjatuhkan hukuman ke atas jenayah yang mereka lakukan.

Tindakan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan kes jenayah malahan ia berpotensi untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan banduan pada masa yang akan mendatang.

Jadi, tidak hairanlah mengapa pihak penjara Sweden menyediakan sel tahanan mewah kerana kadar populasi banduan yang diterima setiaptahun adalah terlalu rendah iaitu bawah daripada 100 orang sejak 2004 sehingga kini. Dikhabarkan juga penjara Sweden ini hampir ditutup disebabkan kurangnya bilangan pesalah jenayah yang disabitkan kesalahan pada setiap tahun.

Tiada sekatan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran jika ada rekod banduan

“Hidup di penjara Sweden ini umpama ‘percutian sementara’. Setelah dibebaskan, anda bebas untuk mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran walaupun ada rekod masa lampau sebagai banduan,” ujar Nils, 36 tahun, seorang banduan penjara Sweden yang pernah ditemu ramah oleh wartawan Daily Mail.

Undang-undang penjara seperti ini dilaksanakan bagi membantu bekas banduan penjara Sweden supaya menjadi orang yang berguna dan demi memberikan jaminan supaya mereka tidak lagi dimasukkan ke penjara semula.

Pihak penjara Sweden juga memberikan layanan mesra kepada banduan-banduan mereka. Bukan itu sahaja, banduan juga diberikan kebebasan untuk berkomunikasi bersama pelawat-pelawat mereka bila-bila masa sahaja dan bebas bergerak tanpa dikurung di dalam sel penjara.

Tidak seperti sistem penjara di Amerika Syarikat di mana rata-rata banduan mereka tidak diberikan hak untuk mencari pekerjaan dan melanjutkan pelajaran setelah mereka dibebaskan gara-gara disebabkan rekod jenayah yang pernah mereka miliki.

Lebih menyedihkan, rata-rata bekas banduan Amerika Syarikat juga disisihkan oleh masyarakat. Disebabkan tiada kelulusan untuk memohon pekerjaan, ada antara mereka yang bertindak untuk memilih jalan dengan menjadi seorang gelandangan.

Begitulah cara Sweden ‘merawat’ banduan yang dimasukkan ke dalam penjara. Ia berkesan dalam mengurangkan kes jenayah di sana tetapi adakah sistem penjara seperti ini berkesan di tempat lain?

Dalam berita yang lain, ruangan bilik stor yang sempit ini dikenakan harga sewa RM1,515 sebulan. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515

Lihat Rekaan Unik ‘McDonald’s Home’ Yang Bawakan Konsep Restoran Ke Rumah Apartment

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Anda Mungkin Suka