Sejak semalam mula tular satu perkongsian video di media sosial yang memaparkan kejadian seorang penghantar makanan dipukul pelanggan di Pulau Pinang.

Video rakaman litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang lelaki (pelanggan) memukul dan menendang penghantar makanan dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah rumah berhampiran Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang berlaku?

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada jam 11.05 pagi semalam.

Insiden pukul dan tendang itu menurut pihak polisĀ  berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap perkhidmatan penghantaran makanan yang dibuat mangsa.

Ia bermula apabila penghantar makanan tersebut dikatakan mempunyai kekeliruan menemui rumah suspek dan menghubunginya untuk mengesahkan alamat rumah kerana terdapat kekeliruan dalam alamat yang diberikan suspek sebelum itu.

Bagaimanapun, sejurus tiba di hadapan rumah suspek- mangsa kemudiannya dimarahi dan daripada situ ia menjadi lebih teruk buat mangsa apabila beliau sekali lagi dimarahi kerana lambat memberikan baki bayaran.

Tidak cukup dengan memarahi mangsa, suspek selepas itu dikatakan mengambil kembali wang dan menyerahkan semula makanan yang dipesannya kerana sudah tidak mahu membelinya.

“Mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan melemparkan wang di atas lantai.

“Seterusnya, mangsa juga meletakkan wang baki di atas lantai sebelum beredar tetapi suspek meminta mangsa mengambil kembali wang itu tetapi mangsa tidak mahu dan disebabkan itu suspek memukul serta menendang mangsa,” jelas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad.

Rentetan daripada kejadian itu, suspek juga difahamkan bertindak mahu menjatuhkan motosikal mangsa dan memukulnya namun hasrat suspek itu berjaya dihalang pemilik rumah.

Laporan menyebut suspek bukanlah pemilik rumah inap desa (homestay) dalam kejadian yang tular itu namun dia hanya menyewa di situ sejak lima bulan yang lalu.

Mangsa dalam kejadian tersebut yang berusia 34 tahun itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius walaupun ditumbuk dan ditendang suspek.

Dan kini selepas kejadian tersebut tular di media sosial dan laporan polis telah dibuat, kejadian tersebut akan disiasat mengikut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Melakukan perkhidmatan penghantaran makanan ada kalanya boleh menjadi kerja yang sangat mencabar. Baca perkongsian kami mengenai cabaran yang dihadapi mereka sebelum ini di pautan di bawah.

Diberi Upah Serendah RM4.10 Oleh Datin, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan Buat Para ‘Runner’

Sering Diabaikan Pelanggan Bila Keluar COD, Luahan Usahawan Lumpuh Ini Buat Netizen Sebak

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup